Malaysiakini
BERITA

Rasuah: Bekas KSU, anak didenda RM12.6 juta

Zikri Kamarulzaman

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Nov 2018, 7:54 pagi

Bekas ketua setiausaha kementerian pembangunan wilayah luar bandar dan wilayah, Mohd Arif Ab Rahman dan anaknya, Ahmad Zukhairi, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menerima suapan.

Hakim Azura Alwi mendenda kedua-dua mereka sebanyak RM12.6 juta.

Mohd Arif disabitkan kesalahannya membantu anaknya menerima rasuah sebanyak S$200,000 (RM550,000) daripada sebuah syarikat tenaga solar untuk mendapatkan projek kerajaan pada Ogos 2016.

Mohd Ariff dihukum penjara tiga tahun dan denda RM3 juta, atau tiga tahun penjara jika gagal menunaikan bayaran tersebut.

Sementara itu Ahmad Zukhairi, 35, didapati bersalah menerima rasuah, selain turut disabitkan kesalahan menuntut bayaran dua peratus daripada nilai projek terbabit.

Dia dihukum penjara lima tahun dan denda RM3 juta atau empat tahun penjara jika gagal membayar denda untuk kesalahan pertama, dan tiga tahun penjara dan denda RM6 juta, atau 10 tahun penjara jika gagal menjelaskan bayaran tersebut, bagi kesalahan kedua.

Kedua-dua tertuduh didakwa kerana memberi projek bekalan elektrik luar bandar sistem solar hibrid di empat pulau terpencil di Sandakan, Sabah secara rundingan terus (reka dan bina) bernilai RM57.5 juta kepada Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd.

Arif didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bersama Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta yang sama.

Manakala Zukhairi pula melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.