mk-logo
Berita
G3 – dilancar semalam, diancam saman hari ini

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata akan membuat laporan polis terhadap gabungan baru NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3) yang mengisytiharkan ‘perang’ terhadap partinya semalam.

Guan Eng, biarpun pada mulanya tidak mahu ambil pusing berkenaan tuduhan NGO itu, akhirnya memutuskan untuk mengikut nasihat peguam-peguamnya memandangkan isu itu sudah pun tular.

“Atas nasihat mereka, [...] saya minta mereka tunjuk bukti dan tarik balik (tuduhan), minta maaf, kalau tidak saya akan ambil tindakan undang-undang,” tambahnya lagi.

Guan Eng (bawah) yang juga menteri kewangan menyifatkan tuduhan-tuduhan gabungan itu sebagai “fitnah jahat”.

Beliau turut menuntut G3 untuk meminta maaf dan mengemukakan bukti atas semua tuduhan yang dilemparkan kepada mereka jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

“[...] (Fitnah) itu amat bahaya kerana mereka hendak bakar dan hasut sentimen supaya lebih ramai keluar pada (perhimpunan tolak Icerd) 8 Disember. Ini bahaya, sekiranya demo aman tiada masalah.

“Siapa yang bangkitkan itu (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd)) bukan kami dari DAP. Kami tidak timbul langsung perkara ini (tapi) dia cuba kaitkan atas tujuan politik mereka.

“Saya rasa ia sungguh bahaya, [...] apabila kita mengalami krisis kewangan dan fiskal, pihak yang bertanggungjawab dalam rasuah dan tidak dapat urus ekonomi dengan baik, mereka akan cuba alih perhatian kepada isu-isu perkauman dan kebencian ke atas rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di parlimen hari ini.

Semalam, G3 mengisytiharkan ‘perang’ terhadap ‘bangsa DAP’ yang disifatkan mereka sebagai musuh kepada Islam dan orang Melayu di negara ini.

G3 mendakwa isu Icerd dibawa oleh oleh Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang sebagai agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu, Islam di negara ini.

Kit Siang turut didakwa sebagai bapa perkauman yang membawa “agenda ala Zionis”.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini