Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Serang bomba: Perusuh akan dibawa ke muka pengadilan, kata menteri
Diterbitkan:  Nov 28, 2018 6:04 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Polis akan memburu dan membawa ke muka pengadilan perusuh yang menyerang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat hingga cedera parah dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman dekat Subang Jaya awal pagi Selasa lalu.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menggunakan pelbagai cara untuk mengesan perusuh yang terlibat.

Beliau juga menggesa orang awam yang menyaksikan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) jabatan Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang diserang perusuh dalam kejadian itu tampil membantu.

“Polis masih menjalankan siasatan. Kita akan menggunakan khidmat forensik untuk mendapatkan kesan cap jari di pintu kenderaan bomba itu untuk mengesan mereka yang terlibat.

“Kita akan mendapatkan keadilan untuk Muhammad Adib... kita akan mengenalpasti mereka yang mencederakannya dan akan dihadap ke mahkamah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Muhammad Adib, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan ditarik keluar dari kenderaan EMRS selain perusuh telah merosakkan kenderaan FRT dan EMRS milik JBPM.

- Bernama

Lihat Komen
ADS