Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahkamah isytihar kerusi Cameron Highlands kosong

TERKINI l Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.

Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada BN.

Pada pilihan raya umum ke-14 pada Mei lalu, naib presiden MIIC itu mengalahkan calon Manogaran yang mewakili Pakatan Harapan.

 

Sivaraj memperolehi 10, 307 undi manakala Manogaran pula 9,710. Calon PAS Wan Mahadir Wan Mahmud mendapat 3,587 dan calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan mereka.

Pemimpin MIC itu ketika dihubungi Malaysiakini, berkata beliau akan merayu keputusan mahkamah berkenaan.

"Saya sedang berbincang dengan peguam saya," katanya dalam satu pesanan ringkas.

Kerusi Cameron Highlands sejak sekian lama ditandingi oleh pemimpin MIC dan menjadi kubu kuat BN. Ia adalah antara dua kerusi milik MIC yang dimenangi pada PRU14. Kerusi lain, iaitu Tapah dipegang oleh timbalan presiden parti itu, V Saravanan.

Manogaran memfailkan petisyen pilihan raya pada 5 Jun 2018 untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi parlimen Cameron Highlands.

Beliau mendakwa Sivaraajh, telah merasuah dan mengancam pengundi, terutama masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada 20 peratus pengundi di sana.

Sivaraajh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail didakwa telah membayar pengundi kawasan itu "duit rokok," mengakibatkan Manogaran kalah pertandingan kerusi parlimen itu sebanyak 597 undi pada pilihan raya umum 9 Mei.

Dalam petisyen 161 muka surat yang difailkan itu, pemimpin DAP berkenaan berkata beliau kehilangan banyak undi Orang Asli walaupun berkempen di sana sejak 2016.


Lihat Komen
ADS