Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hakam gesa k'jaan tak guna Akta Hasutan isu rusuhan kuil
Diterbitkan:  Dec 2, 2018 11:33 PM
Dikemaskini: 3:33 PM

Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusi (Hakam) Lim Wei Jiet berkata pihaknya bimbang dengan keputusan kerajaan membenarkan penggunaan Akta Hasutan berhubung insiden rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman.

"Hakam menyokong penuh hasrat kerajaan untuk mengembalikan keamanan, dan menghukum pihak yang menimbulkan kebencian kaum dan merusuh di bawah undang-undang.

"Bagaimanapun, kerajaan tidak seharusnya mencontohi pentadbiran lama dalam menggunakan undang-undang yang menindas untuk menangani situasi ini.

"Atas sebab sama manifesto Pakatan Harapan (PH) berjanji menghapuskan undang-undang ini. Penggunaan undang-undang ini mencalar integriti dan kredibiliti untuk membina Malaysia baru yang berbeza dengan yang lama," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lim menegaskan bahawa terdapat banyak peruntukan undang-undang yang lain yang cukup untuk menangani isu berkenaan tanpa perlu kembali menggunakan undang-undang yang menindas.

Justeru, katanya, kerajaan seharusnya menarik semula keputusan menggunakan undang-undang berkenaan terhadap suspek.

"Hakam percaya terdapat peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan untuk menghukum pesalah dalam kes ini, seperti Seksyen 298, Seksyen 504, dan Seksyen 505.

"Hakam menggesa kerajaan untuk berpegang pada janji dalam manifestonya, menghormati hak asasi manusia dan mempertahankan kedaulatan undang-undang.

"Keamanan dan hak asasi boleh wujud sama-sama, dan kerajaan hari ini perlu membuktikan bahawa ini adalah jalan untuk Malaysia bergerak ke hadapan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS