Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pulau Kukup bukan lagi Taman Negara
Diterbitkan:  Dec 4, 2018 3:53 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

Kerajaan Johor telah membatalkan pewartaan Pulau Kukup sebagai taman negara yang dilindungi.

Pulau Kukup yang terletak di Pontian sudah menjadi taman negara sejak 1997.

Keputusan itu dibuat ketika mesyuarat exco pada 24 September lalu. Warta pembatalan itu, yang dilihat Malaysiakini, dikeluarkan pada 25 Oktober.

Rancangan akan datang terhadap kawasan itu belum diketahui.

Pulau Kukup dikenali dengan hutan paya bakaunya. Sebahagian besar kawasan pulau itu tidak berpenghuni.

Ia salah satu daripada sebilangan kecil lahan basah yang masih kekal asli di Asia Tenggara, dan satu daripada lima tapak Ramsar di Malaysia.

Tapak Ramsar adalah lahan basah yang mempunyai kepentingan antarabangsa berdasarkan Konvensyen mengenai Tanah Lembap yang Berkepentingan Antarabangsa PBB.

Menurut laman web Perbadanan Taman Negara Johor, Pulau Kukup menjadi habitat kepada haiwan terancam seperti keluang, babi Borneo (bearded pig) dan monyek kra.

Lihat Komen
ADS