Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes 1MDB: Polis failkan tuduhan jenayah ke atas Jho Low dan empat lain
Diterbitkan:  Dec 5, 2018 11:45 AM
Dikemaskini: 5:19 AM

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Peguam Negara untuk memfailkan pertuduhan jenayah terhadap lima individu membabitkan siasatan kes 1MDB serta sedang mengesan dan memburu mereka.

Semua mereka itu adalah usahawan kontroversial Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong (Eric), pengarah pembangunan perniagaan, Tang Keng Chee (Casey); peguam 1MDB, Loo Ai Swan (Jasmine) dan pengarah eksekutif kewangan 1MDB, Geh Chong Heng (Terence).

"Jumlah pertuduhan yang dihadapi kesemua mereka ialah sebanyak 13 pertuduhan melibatkan kerugian berjumlah AS$1.17 bilion bersamaan RM4.2 bilion.

"Pertuduhan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fuzi seterusnya memberi perincian pertuduhan ke atas setiap satu daripada mereka.

Low Taek Jho

Lima pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 berhubung penerimaan wang berjumlah AS$1.03 bilion ke dalam akaun bank Good Star di Zurich, Switzerland, antara 30 September 2009 hingga 25 Oktober 2011.

Low Taek Jho dan Tan King Loong

Dituduh bersama-sama dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, melibatkan kerugian berjumlah AS$126 juta yang diterima mereka berdua melalui akaun Bank RBS Singapura milik Acme Time Limited yang mana transaksi ini adalah berkaitan terbitan Islamic Mediaum Term Notes oleh Terenganu Investment Authority (TIA) dalam bulan Mei 2009.

Tang Keng Chee @ Casey

Satu pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pecah Amanah Jenayah oleh agen) berhubung permindahan wang AS$700 juta ke akaun Good Star Limited milik Low Taek Jho dan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 melibatkan kerugian berjumlah AS$ 6.7 juta yang diterima dalam akaun syarikat Transnational limited (Seychelles) di RBS Coutts bank dan syarikat Totality Limited di BSI Bank SA, Switzerland, masing-masing pada 5 Ogos 2009 dan 23 Disember 2010.

Loo Ai Swan @ Jasmine

Dua pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 melibatkan kerugian wang berjumlah AS$6 juta yang diterima dalam akaun Falcon Private Bank AG, Zurich, Switzerland milik syarikat River Dee International SA (BVI) pada 6 Disember 2012 dan 1 Julai 2014.

Geh Choh Heng @ Terence

Satu pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pecah Amanah Jenayah oleh agen)

berhubung permindahaan wang AS$125 juta ke akaun Good Star Limited milik Low Taek Jho pada 25 Oktober 2011.

Menurut Fuzi, waran tangkap telah diperoleh dari mahkamah dan usaha mengesan serta menahan kesemua mereka sedang dijalankan.

Jelas beliau, pihaknya akan mendapatkan kerjasama dari pihak berkuasa luar negara dan Polis Antarabangsa (Interpol).

"Jika mereka berada di luar negara, kami melalui Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan untuk memohon ekstradisi bagi membolehkan semua individu itu dibawa balik ke Malaysia untuk pertuduhan di mahkamah," katanya.

Lihat Komen
ADS