Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Singapura: Malaysia tak bantah prosedur pendaratan baru
Diterbitkan:  Dec 5, 2018 12:11 PM
Dikemaskini: 4:11 AM

Pihak berkuasa penerbangan awam di Malaysia (CAAM) tidak menimbulkan sebarang kebimbangan baru dalam pertemuan terakhir mereka, kurang seminggu lalu dengan rakan dari Singapura mengenai protokol pendaratan baru di lapangan terbang Seletar, kata kementerian pengangkutan Singapura.

"Pada 29 Nov, (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura) CAAS bertemu CAAM di Singapura. CAAM menimbulkan kebimbangan teknikal mereka dengan prosedur Seletar ILS (Sistem Pendaratan Instrumen).

"CAAS membahas kebimbangan CAAM dan menyampaikan hasratnya untuk menerbitkan prosedur itu pada 1 Dis.

"Pada 30 Nov, CAAS bertemu CAAM di Kuala Lumpur untuk membincangkan rekod mesyuarat 29 Nov. CAAM tidak menimbulkan sebarang kebimbangan baru," kata kementerian pengangkutan Singapura dalam satu kenyataan semalam.

Kementerian itu juga mendakwa bahawa CAAM tidak menjawap e-mel mengenai perkara itu pada awal bulan Ogos.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia akan membantah protokol pendaratan baru di lapangan terbang Seletar di Singapura.

Loke memberitahu Parlimen semalam bahawa langkah Singapura itu boleh menjejaskan pembangunan di Pasir Gudang, Johor, serta mengganggu aktiviti perkapalan di Pelabuhan Pasir Gudang.

Katanya, keputusan kerajaan Malaysia yang memutuskan untuk tidak membenarkan jirannya itu menerbitkan ILS, telah disampaikan kepada Singapura pada 28 Nov dan 29 Nov.

Singapura telah melaksanakan protokol pendaratan Instrument Landing System (ILS) di Selatar menerusi Penerbitan Maklumat Aeronautika (AIP) pada 1 Disember lalu, dan akan berkuat kuasa pada 3 Januari tahun depan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS