Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Suhakam: Dr M sokong dengan cara sendiri
Diterbitkan:  Dec 9, 2018 3:16 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menghadiri sambutan hari hak asasi manusia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini secara tidak langsung 'membantu' acara itu, kata Pengerusinya, Razali Ismail.

"Perdana menteri telah, dengan caranya sendiri, memberikan kami sokongan.

"Kerana beliau tidak berada di sini, orang tiba-tiba menjadi lebih berminat, jadi mereka datang (ke acara ini)," kata Razali dalam sidang media selepas majlis yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya hari ini.

Mahathir semalam berkata beliau tidak akan menghadiri majlis Suhakam hari ini kerana mempunyai pandangan berbeza berhubung ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Bagaimanapun, Razali berkata Mahathir merupakan "pakar strategi" dan segala yang diperkatakannya mesti dilihat pada skala yang lebih besar.

Beliau mengimbas semula ketika bercakap dengan Mahathir selepas perdana menteri itu menyampaikan ucapannya.

Menurut Razali, Mahathir memberitahunya bahawa ucapannya bukan hanya ditujukan kepada penonton yang khusus tetapi meliputi orang ramai dengan jangkauan yang lebih luas.

"Beliau membuat kenyataan (mengenai Iserd semalam) bahawa ada orang yang tidak gembira, yang mana kerajaan faham dan ia adalah tugas Suhakam untuk mengurangkan jurang," kata.

Menurut Razali Suhakam lebih mudah untuk bekerjasama dengan kerajaan pada masa ini berbanding kerajaan terdahulu.

Sepanjang menjadi pesuruhjaya Suhakam dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata sukar untuk bertemu menteri daripada pentadbiran terdahulu untuk membincangkan isu-isu berkaitan.

"Kami telah minta selama tiga tahun untuk jumpa (bekas) timbalan perdana menteri dan dalam tempoh tiga tahun, dia tidak pernah jumpa kita. Tidak ada mana-mana menteri yang sanggup bercakap dengan kami.

"Ya, mereka hanya gunakan kami sebagai perhiasan untuk memberitahu dunia bahawa ya kita mempunyai suruhanjaya hak asasi manusia, tetapi sebenarnya mereka tidak komited kepada hak asasi manusia," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS