Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

ULASAN | Banyak pihak hari ini telah menegur saya berhubung kenyataan saya mengenai ketidakmampuan PH menunaikan janji manifesto.

Mereka menyatakan bahawa ramai boleh tersalah faham dengan kenyataan itu sehingga menganggap saya ingin menutup kelemahan PH dalam melaksanakan Manifesto PH sepenuhnya dengan menyandarkan kepada Nabi (SAW).


BACA: Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH


Dalam erti-kata lain seolah-olah Nabi (SAW) sama lemah dengan PH. Ada juga yang kata saya tuduh Nabi (SAW) mungkir janji.

Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk menyandarkan kelemahan PH kepada peribadi Nabi (SAW).

Atau menuduh Nabi mungkir janji. Jika ada yang faham begitu, saya memohon maaf dan memohon ampun kepada Allah dan rasulNya itu.

Kekangan kewangan

Apa yang saya ingin sampaikan adalah manusia hanya mampu berusaha. Namun bukan semua yang diusahakan akan dapat terlaksana dengan sepenuhnya.

Dalam kes manifesto PH kita telah dan akan terus berusaha untuk menunaikan segala yang dijanjikan dalam manifesto itu.

Namun kerana kekangan kewangan sekarang, kita terpaksa tangguhkan pelaksanaan sebahagian darinya sehingga kedudukan kewangan negara pulih semula.

Dalam kes rasulullah menangguhkan menunaikan haji pada tahun itu, ia telah baginda (SAW) lakukan pada tahun seterusnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian Hudaibiyah.

Terima kasih kepada Malaysiakini kerana telah mengubah tajuk beritanya dari tidak menunaikan janji kepada menangguhkan janji.

Baca: Nabi pun pernah terpaksa tangguh janji, kata Khalid


KHALID SAMAD ialah Menteri Wilayah dan Pengarah Komunikasi AMANAH.

Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS