Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ramasamy selar Syed Saddiq kerana tuntutan Waytha undur
Diterbitkan:  Dec 20, 2018 1:01 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy menyelar Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan tuntutan pergerakan itu supaya P Waythamoorthy berundur sebagai menteri perpaduan.

Ramasamy berkata tindakan itu “menghina” kebijaksanaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang melantik anggota kabinetnya.

Katanya, walaupun Waythamoorty bukan sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan, beliau dilantik kerana sumbangannya kepada masyarakat India.

“Meminta Wathyamoorthy letak jawatan adalah penghinaan terhadap Mahathir kerana beliau yang melantiknya.

“Dengan kata lain, Pemuda Bersatu mempersoalkan keputusan dan kebijaksaan pengerusinya sendiri, iaitu Mahathir,” kata Ramasamy.

Memetik sumber, Malaysiakini semalam melaporkan Pemuda Bersatu semalam menyerahkan memorandum kepada Mahathir Mohamad bagi menggesa pengguguran Waythamoorthy.

Tuntutan itu dibuat setelah Waythamoorthy didakwa gagal meredakan ketegangan kaum dalam isu kuil di Subang Jaya, menyalahkan polis dan tidak meminta maaf berhubung video lama yang mendakwa kaum India didiskriminasi.

Difahamkan Syed turut ada ketika penyerahan memorandum itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS