Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
KFC: Harga diselaras termasuk SST 6%
Diterbitkan:  Dec 26, 2018 8:32 PM
Dikemaskini: 12:32 PM

Restoran makanan segera, KFC memaklumkan telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6 peratus, berkuatkuasa mulai Disember 2018.

"Kami ingin menjelaskan bermula Disember 2018, senarai harga kami akan memasukkan SST sebanyak enam peratus.

"Terdapat sedikit penyelarasan terhadap harga-harga produk kami," kata Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad, Mohamed Azahari Mohamed Kamil.

Mohamed Azahari diminta mengulas hantaran mengenai kenaikan harga produk KFC yang tular di media sosial.

"Suatu hantaran yang beredar di media sosial membandingkan harga (produk) Snack & Dinner Plate dengan harga kami dari beberapa tahun yang lalu.

"Sebagai tambahan, (menu) Super Jimat Box kami tidak pernah diletakkan harga pada RM12.50 sejak kami melancarkan produk ini pada 2015," katanya dalam suatu kenyataan kepada Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS