Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KFC dakwa kenyataan isu SST disalah tafsir
Diterbitkan:  Dec 27, 2018 12:50 PM
Dikemaskini: 6:06 AM

QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemilik restoran makanan segera KFC, hari ini berkata kenyataan pihaknya berhubung penyelarasan harga produk jualannya telah disalah tafsir.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, QSR Brands berkata, penyelarasan harga berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan kerajaan.

Semalam, QSR Brands dalam kenyataan berasingan berkata senarai harga produk mereka adalah termasuk enam peratus SST sejak Dis 2018.

Di bawah kenyataan asal syarikat berkenaan bagi semalam dan hari ini. Ia diterjemahkan daripada bahasa Inggeris.

Kenyataan hari ini (27 Dis 2018):

Kami ingin jelaskan bahawa kenyataan kami berhubung SST telah disalah tafsir.

Penyelarasan harga tidak mempunyai kaitan dengan SST, kerana kadar enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini juga dikenakan pada pelanggan kami.

Justeru, kami berharap pelanggan kami faham bahawa menu kami telah disusun secara spesifik untuk memberi pilihan harga berdasarkan keperluan pelanggan kami yang berbeza-beza.

Kenyataan semalam (26 Dis 2018):

Kami ingin jelaskan bahawa sejak Dis 2018, harga yang kami paparkan adalah termasuk enam peratus SST.

Terdapat penyelarasan harga produk kami untuk memastikan kami dapat terus memberikan pelanggan kami kualiti yang sama tanpa perlu berkompromi.

Justeru, kami berharap pelanggan kami faham bahawa menu kami telah disusun secara spesifik untuk memberi pilihan harga berdasarkan keperluan pelanggan kami yang berbeza-beza.

Selain itu, kiriman yang tersebar di media sosial membandingkan harga bagi menu Snack Plate dan Dinner Plate kami adalah harga bagi beberapa tahun lalu. Tambahan pula, kami tidak pernah meletakkan harga RM12.50 bagi Super Jimat Box kami sejak ia dilancarkan pada 2015.

Kami berterima kasih atas sokongan yang berterusan. Semoga bertemu lagi di KFC.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS