Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

AGM BERSATU | Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan tiada permohonan bekas pemimpin Umno untuk menyertai parti itu yang telah diluluskan setakat ini.

Ia termasuklah permohonan oleh bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik yang diserahkan kepada Pengerusi Bersatu Melaka Mohd Redzuan Yusof awal bulan ini.

"Tiada yang telah mendapat kelulusan kerana seperti yang kita persetujui, mereka perlu melalui suatu tempoh sebagai (wakil rakyat) bebas.

"Dan kemudian mereka akan melalui proses tapisan," katanya ketika sidang media sempena pelancaran Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda dan Srikandi Bersatu yang akan diadakan malam ini.

Di kalangan 16 anggota parlimen yang keluar Umno sejak parti itu kalah pada PRU ke-14, 12 orang pada masa ini menjadi wakil rakyat Bebas tetapi menyokong pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Berhubung perhimpunan agung kali ini, Muhyiddin berkata perwakilan diberi kebebasan untuk membangkitkan sebarang isu ketika perbahasan dan fokus berhubung peranan Bersatu selaku parti dalam Pakatan Harapan.

"Seperti yang kita persetujui, perbahasan oleh perwakilan tidak dibuka untuk umum bagi menggalakkan mereka bersuara," katanya.

Sejumlah 1,539 perwakilan akan menyertai perhimpunan agung kedua parti itu dengan jumlah terbesar dari Johor dengan 534 anggota.

Lihat Komen
ADS