Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
K'jaan masih subsidi RON95 setakat November - Lim

KATA MP | Jumlah subsidi petrol dan diesel untuk 11 bulan pertama 2018 adalah sebanyak RM4,890 Juta dan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan tidak mengambil keuntungan dari harga runcit produk petroleum dan tidak mengenakan cukai jualan terhadap RON95 atau diesel.

Tuduhan yang mengatakan bahawa kerajaan telah mengenakan cukai jualan adalah palsu dan tidak berasas.

Sebenarnya, kerajaan telah memberi subsidi petrol dan diesel pada bulan November, walaupun pada kos yang lebih rendah berbanding bulan-bulan terdahulu.

Rekod rasmi terkini menunjukkan bahawa pada bulan November 2018, Kerajaan telah membelanjakan RM4.1 Juta untuk subsidi petrol RON95 sepanjang bulan tersebut.

Pada bulan yang sama, kerajaan telah membelanjakan RM209.1 Juta untuk subsidi diesel. 

Sabah, Sarawak guna diesel

Minyak diesel bukan saja digunakan oleh sektor komersial dan perindustrian, tetapi juga turut digunakan oleh orang ramai di Sabah dan Sarawak.

Jumlah keseluruhan kos subsidi bulanan 2018 sehingga bulan November adalah seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.

Angka untuk bulan Disember masih di dalam proses pengumpulan.

Kerajaan ini nekad untuk terus bersikap telus. Sekiranya apabila harga-harga APM (mekanisme harga automatik) terus menurun, kerajaan akan mengurangkan harga tersebut supaya rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada harga minyak yang rendah.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kerajaan akan melaksanakan mekanisme pengapungan pada Januari 2019 di mana harga runcit akan menurun secara mingguan jika harga APM terus menurun.

Jika harga APM meningkat, harga runcit akan distabilkan kepada kadar semasa iaitu RM2.20 per liter bagi RON95 dan RM2.18 per liter bagi diesel.

Apabila kerajaan melancarkan program subsidi petrol bersasar sebelum akhir tahun ini kelak, harga petrol dan diesel akan diapungkan sepenuhnya mengikut harga pasaran.


LIM GUAN ENG ialah Menteri Kewangan.

Tulisan ini siaran media Kementerian Kewangan dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS