Malaysiakini
BERITA

'Minta tolong sangat-sangat, kena bayar peguam 2 minggu lagi'

Diterbitkan
Dikemaskini 3 Jan 2019, 3:20 petang

PAS merayu pertolongan umum untuk bantuan dana berjumlah RM400,000 bagi menyelesaikan kos guaman saman dengan Sarawak Report.

Naib presidennya, Idris Ahmad berkata, bayaran tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh dua minggu (mulai sekarang) kepada peguam di United Kingdom (UK).

"Minta tolong sangat-sangat. Bantuan untuk bayaran guaman saman Sarawak Report. Perlu RM400,000 lagi. Dalam masa dua minggu mesti jelaskan kepada peguam di UK.

"Wang terkumpul sekarang RM69,000. Perlu lagi RM331,000," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kenyataan itu disebarkan di media sosial dan beliau ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini PAS melalui presidennya, Abdul Hadi Awang mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 April tahun 2017.

Ia berkaitan laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.

Sementara itu Idris berkata, banyak lagi bil selepas ini sewaktu kes tersebut berjalan nanti.

"Sudah bayar hampir RM2.5 juta. Kempen sekurang- kurang RM10 seorang," katanya dalam kenyataan itu.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.