Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri: Hanya 20% kakitangan SPAD belum dapat surat tawaran
Diterbitkan:  Jan 4, 2019 10:19 AM
Dikemaskini: 2:23 AM

Hanya kira-kira dua puluh peratus daripada bekas pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang masih belum menerima surat tawaran untuk pekerjaan baru mereka, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

"Dua puluh peratus belum diberikan surat tawaran sementara menunggu kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," kata Loke kepada Malaysiakini melalui mesej teks pagi ini.

Beliau menjawab satu laporan bahawa kira-kira 250 bekas pekerja SPAD meminta bantuan Cuepacs, dengan mendakwa tidak menerima apa-apa jawatan walaupun dijanjikan oleh kerajaan.

Mengulas lanjut, Loke berkata dakwaan bekas kakitangan SPAD itu "tidak memberi cerita keseluruhannya".

Menteri itu memberitahu Malaysiakini: "Mereka semua diberikan pampasan yang baik dan dijanjikan pekerjaan.

"Pihak pengurusan kementerian bertemu dengan mereka minggu lepas (mengenai perkara itu)."

Menurut portal Malaysian Insight (TMI), seorang bekas pekerja kontrak mendakwa dia pada mulanya dimaklumkan bahawa dia akan dipindahkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

"Kami telah berputus asa dan kami berharap Cuepacs dapat membantu kami. Bukan kami tiddak cuba mencari pekerjaan di tempat lain. Saya tidak dapat mencari kerja lain sejak lapan bulan yang lalu, "katanya yang dipetik oleh TMI.

Sekurang-kurangnya 937 pekerja terjejas apabila kerajaan Pakatan Harapan membubarkan SPAD, yang sebelum ini berada di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO), berikutan pilihan raya umum 9 Mei dan diserapkan ke Kementerian Pengangkutan.

Persetujuan yang dicapai oleh pekerja yang diberhentikan dengan menteri pengangkutan dikatakan bahawa mereka akan mendapat kontrak dua tahun, mengikut jawatan mereka sekarang serta pampasan.

Satu kumpulan juga telah meminta bantuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bulan lepas, setelah tidak menerima sebarang surat tawaran yang dikatakan dijanjikan oleh Loke pada 15 Disember.

Bekas pekerja yang terbabit kebanyakannya bekerja di unit perundangan, pelesenan dan unit pembangunan SPAD.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS