Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembantu tadbir direman disyaki buat 94 tuntutan palsu

Seorang pembantu tadbir kanan sebuah pusat pemulihan akhlak direman enam hari selepas dipercayai membuat 94 tuntutan palsu.

Perintah reman bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faizah Abdullah, hari ini.

Ia susulan penahanan wanita tersebut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan selepas dipercayai membuat 94 tuntutan palsu bernilai lebih RM148,000 direman.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga diiringi pegawai SPRM tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu, kira-kira jam 9.50 pagi.

Difahamkan spek kemudiannya dibawa menaiki sebuah kenderaan pada jam 10.30 pagi ke Pejabat SPRM Kelantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu.

Media hari ini melaporkan, seorang pembantu tadbir kanan wanita berusia 39 tahun itu ditahan petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan.

Wanita itu ditahan selepas dipercayai membuat 69 tuntutan palsu bagi rawatan perubatan untuk diri sendiri, suami dan ayahnya yang dianggarkan bernilai lebih RM117,000 sedangan rawatan tersebut tidak pernah dilakukan.

Suspek juga disyaki membuat 25 lagi tuntutan palsu bagi pembelian ubat dan satu tuntutan palsu pembelian alatan ortopedik yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000, sedangkan pembelian itu tidak pernah dilakukan.

Lihat Komen
ADS