Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Duit minyak - Lim sanggah Najib
Diterbitkan:  Jan 15, 2019 10:00 AM
Dikemaskini: 2:06 AM

PRK CAMERON | Anggota parlimen kanan DAP Lim Kit Siang mendakwa Najib Razak sengaja memetik secara salah keputusan hakim mahkamah pilihan raya semasa mengulas pemberian wang petrol kepada sukarelawan PH di Cameron Highlands.

Dalam kenyataannya Lim berkata Najib telah bertindak salah apabila mendakwa mahkamah pilihan raya mengisytiharkan pemberian wang petrol RM20 sebagai rasuah.

"Tetapi lebih penting dipersoalkan ialah, apakah motif Najib membuat dakwaan pelik itu," katanya.

Lim yang juga anggota parlimen Iskandar Puteri mengulas kenyataan bekas perdana menteri yang mendakwa pemberian wang minyak turut dianggap sebagai rasuah berdasarkan keputusan hakim Azizah Nawawi.

Azizah, kata Najib, membuat kenyataan itu semasa menerima petisyen dikemukakan M Manogaran yang mencabar kemenangan BN di kerusi parimen Cameron Highlands.

Beberapa hari lalu tular beberapa keping gambar menunjukkan penyokong PH mengagih-agihkan wang kepada sejumlah individu di kawasan percutian tanah tinggi itu.

PH kemudian mendakwa wang berkenaan bukanlah untuk membeli undi tetapi bayaran balik wang petrol kepada sekumpulan sukarelawan yang datang menyokong mereka di Cameron Highlands.

Ia juga, kata PH, termasuk dalam perbelanjaan pilihan raya yang akan diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas ini.

Lim berkata Najib membuat kesilapan secara sengaja atai tidak dengan membuat kenyataan tersebut.

"Secara sengaja atau sebaliknya, Najib telah membuat kesilapan dengan mendakwa bahawa hakim memutuskan bahawa 'wang' sama ada sebagai 'duit rokok' atau 'wang minyak' sebagai rasuah.

"Beliau (Azizah) tidak membuat keputusan seperti itu," tegas Lim.

Malam tadi dengan memetik laporan Malaysiakini Najib merujuk kepada inti pati keputusan dibuat Azizah di mahkamah pada 30 Nov tahun lalu.

 

Kata Lim keputusan bertulis hakim tersebut menyatakan bahawa wang boleh digunakan secara sah jika ia tidak bertujuan untuk mempengaruhi pengundi memberi sokongan.

Sementara itu peguam Syahredzan Johan menegaskan ada perbezaan ketara di antara "amalan rasuah" yang dinyatakan Azizah berbanding pembayaran dibuat PH baru-baru ini.

"Kedua-dua senario itu berbeza macam siang dengan malam dan mereka tidak patut meletakkannya dalam kategori sama," katanya yang juga setiausaha politik Lim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS