mk-logo
Berita
Undang-undang penagihan dadah perlu dikaji - Menteri kesihatan
Diterbitkan:  Jan 27, 2019 2:02 PM
Dikemaskini: 5:09 PM

Kementerian Kesihatan bersetuju dengan syor supaya undang-undang berkenaan rawatan penagihan dadah perlu dikaji semula.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata demikian pada Persidangan Kesihatan Mental dan Ketagihan anjuran Persatuan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Universiti Mahsa, Pusat Penyelidikan Sains Ketagihan Universiti Malaya (Umcas) di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Dzulkefly juga mengulas saranan Menteri Undang-Undang Liew Vui Kong supaya masalah penagihan dadah dilihat dari sudut kesihatan sosial dan bukan ditangani melalui sistem pengadilan jenayah

"Kementerian Kesihatan menyambut baik saranan Menteri Undang-Undang Liew Vui Kong yang mencadangkan agar undang-undang berkaitan berkenaan rawatan penagihan agar perlu dikaji semula.

"Liew pernah menyuarakan pandangan bahawa masalah penagihan dadah perlu dilihat dari sudut kesihatan sosial dan bukan ditangani melalui sistem pengadilan jenayah dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKDM) yang dipengerusi TPM pada 17 Januari lalu," katanya pada suatu hantaran di Facebook hari ini.

Dr Dzulkefly berharap semua pihak memainkan peranan bagi mengatasi isu ini.

"Dengan adanya lebih 900 klinik methadone kerajaan dan swasta diseluruh negara serta kewujudan one stop centre bagi tujuan rawatan dengan dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam memberikan kaunseling dan memulihkan penagih dadah, diharapkan semua pihak memainkan peranan bersama bagi mengatasi isu ini.

"Kerjasama antara semua pihak yang terlibat perlu menjadi keutamaan agar hasil terbaik akan dapat diperolehi, demi kesejahteraan rakyat," katanya.


BACA BERKAITAN:

Ketagihan dadah perlu ditangani doktor, bukan polis - Pakar

'Dihukum mati selalunya keldai dadah, bukan ketua sindiket'

Pensyarah: Sekarton rokok lebih bahaya dari 200g ganja

Lihat Komen
Paling Popular
Terkini