Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah meningkat

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2018 menunjukkan Malaysia kekal mendapat 47 mata, namun kedudukan negara sedikit meningkat berbanding 2017.

Menurut pertubuhan Transparency International (TI) hari ini berbanding 180 negara, kedudukan terbaru Malaysia ialah di tempat ke-61.

Tahun lalu Malaysia diletakkan pada kedudukan tempat ke-62.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Akhbar Satar, kedudukan itu ditentukan oleh prestasi keseluruhan ditunjukkan sesebuah negara.

Katanya daripada 180 negara , Denmark berada di tempat pertama dengan 88 mata, diikuti New Zealand (87), Finland (85), Sweden (85) dan Norway (84).

Menurut Akhbar berdasarkan keadaan semasa, jika kerajaan PH benar-benar mahu membuktikan mereka menolak amalan rasuah, jalan untuk itu sedang terbuka.

Namun katanya matlamat itu tidak dapat dicapai dengan hanya menyerahkan tugas memerangi rasuah kepada agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata.

"Ahli politik juga mesti memainkan peranan masing-masing," katanya kepada media di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Akhbar turut menyentuh mengenai Pelan Antirasuah Kebangsaan 2019 - 2023 yang dilancarkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Laporan itu menyatakan dalam kalangan negara Asean, Singapura mendapat 85 mata. Brunei, Indonesia dan Thailand juga menunjukkan peningkatan, manakala Vietnam, Myanmar dan Kemboja merosot.

Lihat Komen
ADS