Jutawan Lubnan akhirnya dibebaskan
Terjemahan "Jutawan" Lubnan, Elie Youssef Najem akhirnya dibebaskan hari ini setelah dua kali ditahan polis minggu lalu dan semalam.
Elie dibebaskan semalam tetapi ditahan semula dan dibawa ke balai polis daerah Dang Wangi untuk disoalsiasat berhubung satu kes mengugut. Bagaimanapun malam semalam dia mengadu sakit dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.

Elie dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM5,000 tengah hari tadi. Menurut peguamnya, M Manoharan, polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh "jutawan" tersebut.
Dalam sidang medianya di HKL selepas dibebaskan, Elie berkata janjinya untuk menderma RM1.03 bilion kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) masih kekal.
Katanya wang itu sedang disediakan dan akan disalurkan secepat mungkin.
HKL kurang peralatan
Elie juga sempat membangkitkan bahawa HKL tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi dan beliau berjanji akan menderma antara RM500,000 hingga RM1 juta untuk membaiki HKL. Dia bagaimanapun tidak menyatakan bila wang itu akan disalurkan.
Sementara itu Manoharan pula menyatakan, Elie turut melahirkan kesalnya terhadap kekurangan tuala di hospital tersebut.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah isterinya Farinnie Farid dan mertuanya, Mohd Farid Abdullah dan Sofiah Shauket Md Hashim.
Elie mnggemparkan seluruh negara awal bulan ini apabila berjanji untuk menderma RM1.03 bilion kepada Makna untuk membina sebuah pusat rawatan dan penyelidikan kanser. Beliau mendakwa dirinya orang ketriga terkaya di dunia.
Bagaimanapun apabila berita mengenai dirinya disiarkan di akhbar-akhbar tempatan, beberapa orang tampil membuat laporan polis bahawa mereka pernah ditipu oleh Elie.