Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mencadangkan sebuah syarikat pemaju yang memiliki tapak pengumpulan dan pemprosesan simen di pusat bandar Sentul supaya dipindah ke tempat lain.

"Selepas melawat ke tapak tersebut dan mengambil kira aduan penduduk tempatan, saya cadangkan syarikat pemaju tersebut agar memindahkan tapak simen tersebut untuk ke tempat lain."

"Ini adalah isu 14 tahun. Sejak, awal lagi penduduk sekitar Sentul mengadu tapak tersebut tidak selamat khususnya beberapa sekolah terletak dekat dengan tapak simen ini.

“Lori yang membawa simen membahayakan lagi.

"Lalu, selepas melawat ke tapak tersebut dan mengambil kira pendapatan penduduk di sini, saya cadangan syarikat mengalihkan tapak tersebut ke tempat lain," jelasnya lagi kepada Malaysiakini.

Tinjauan Malaysiakini mendapati tapak simen yang dimaksudkan terletak di pusat bandar Sentul.

Selain lima sekolah, pasar Sentul, dua kuil, sebuah gereja dan beberapa kawasan perumahan turut terletak berhampiran tapak tersebut yang mempunyai dua laluan masuk yang terletak kurang 100 meter dari sekolah.

Minggu lalu Ketua PKR Cabang Bukit Bintang N Shanmugam meminta Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad supaya memberi perhatian pada tapak tersebut.

Dakwanya, tapak itu tidak sesuai di kawasan itu kerana sebanyak lima sekolah terletak dalam radius kurang 100 meter daripada tapak simen tersebut.

Shanmugam berkata pada 2013 seorang wanita maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2.

Mesyuarat 2 jam

Sementara itu, Prabakaran bersama wakil penduduk, pihak sekolah dan pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turun melawat tapak tersebut.

Beliau turut mengadakan satu mesyuarat bersama pihak syarikat pemaju tersebut yang berlanjutan selama lebih dua jam.

"Dalam mesyuarat, saya bersama wakil penduduk dan pihak sekolah sebulat suara mencadangkan agar memindahkan tapak tersebut."

"Manakala, pihak pemaju meminta kami masa dua minggu untuk mempertimbangkan cadangan kami," katanya lagi.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pemaju kawasan itu.

Lihat Komen
ADS