Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Laporan polis program Najib dibuat atas dasar keselamatan'

Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat lima laporan polis semalam terhadap program bekas perdana menteri Najib Razak atas kapasiti menjaga ketenteraman serta keamanan pulau peranginan ini.

Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Eddin Syazlee Shith menegaskan Bersatu tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya anggotanya membuat laporan polis tersebut.

"Saya percaya laporan polis itu dibuat atas kapasiti keselamatan. Kita tidak mahu pulau yang selama ini aman, berlakunya perkara yang tidak baik serta tidak diingini sebab kita melihat banyaknya agenda bersifat provokasi seperti penyebaran berita-berita tidak benar,” katanya.

Ahli parlimen Kuala Pilah itu berkata demikian kepada pemberita semasa hadir program ramah mesra bersama agensi KKMM di RTM Langkawi hari ini.

Eddin Syazlee yang juga merupakan anggota Bersatu berkata polis perlu menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman.

- Bernama

Lihat Komen
ADS