Malaysiakini
BERITA

Takiyuddin: PAS telah serah penyata akaun kepada SPRM

Diterbitkan

PAS mengesahkan telah menyerahkan penyata akaun parti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atas permintaan badan itu.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, penyata akaun yang diserahkan bermula dari 2015 - sebelum tersiarnya artikel dakwaan penerimaan RM90 juta daripada Umno - sehingga yang terkini.

"PAS yakin dengan mengemukakan dokumen penting ini (akan) membolehkan SPRM menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional." katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu selepas menerima laporan daripada polis pada 5 Februari lalu.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Hari ini, laporan Malaysiakini yang memetik sumber berkata pihak berkuasa mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank parti itu.

Sumber itu bagaimanapun berkata akaun yang diteliti adalah akaun yang didaftar di bawah nama parti dan bukannya akaun peribadi pemimpin PAS, dan belum dapat dipastikan sama ada badan itu sudah selesai meneliti akaun peribadi pemim PAS yang dikaitkan dalam dakwaan itu.

Sementara itu, Takiyuddin berkata beliau yakin SPRM akan mengumumkan hasil siasatan memandangkan ramai pihak sudah lama menantikannya.

"PAS berharap selepas selesai isu ini, semua pihak tidak lagi membazirkan masa dan pemikiran atas perkara yang tidak menguntungkan sebaliknya menumpukan perhatian dan usaha ke arah membangunkan negara dan rakyat," katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.