Malaysiakini BERITA

'Sistem pendidikan rosak, Maszlee tak faham pemikiran anak muda'

Zikri Kamarulzaman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menerima bidasan pedas dalam satu sesi dialog hari ini dengan tokoh akademik mendakwa sistem pendidikan pada dasarnya telah rosak, dan mempersoalkan sama ada beliau adalah individu yang bersesuaian untuk memperbetulkannya.

Bekas pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Syed Ali Tawfik Al-Attas berkata sistem pendidikan pada dasarnya telah rosak, dan memerlukan penilaian semula.

"Biar kita hadapi realiti dan mengakui bahawa sistem pendidikan ini rosak ... Kita perlu menilainya semula sepenuhnya.

"Kamu (Maszlee) tidak faham fikiran anak muda, bagaimana mereka dipersiapkan,” kata Syed Ali Tawfik semasa sesi dialog dengan menteri itu di Subang Jaya hari ini.

Beliau berkata pelajar muda hanya perlu memberi tumpuan kepada tiga bidang pada lima tahun pertama sekolah rendah, iaitu membaca, menulis, dan aritmetik.

Ini katanya, menyediakan asas bagi logik dan pemikiran di kalangan pelajar.

"Kenapa kita sangat prihatin terhadap artificial intelligence, sedangkan kita tidak mempunyai kecerdasan," katanya.

Syed Ali Tawfik juga menekankan pentingnya pendidikan perlu dipisahkan daripada politik, khususnya pelantikkan politik dan slogan politik.

"Malangnya, semua di sekolah itu adalah lantikkan politik. Inilah masalahnya.

"Hapuskan lantikkan politik, jangan lantik ahli politik sebagai naib canselor.

"Mereka merosakkan segala-galanya, kerana mereka berhubung dengan ideologi, untuk menyemai benih-benih politik," katanya.

Maszlee dalam jawapannya berkata bahawa dasarnya adalah untuk tidak melantik orang politik dalam "jawatan tertentu".

Pada sidang akhbar kemudian Maszlee menjelaskan bahawa anggota parlimen yang tidak boleh dilantik secara sah sebagai naib canselor dan timbalan naib canselor, kerana ini dianggap sebagai jawatan awam.

[Baca berita penuh]