Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Populariti pemimpin politik utama negara di media sosial berubah secara drastik selepas PRU ke-14, dengan bekas perdana menteri Najib Razak kini mendahului jauh di depan.

Menurut kajian firma pengiklanan Nobleman Creations, ia diukur melalui analisis terhadap "perhubungan keseluruhan (total engangement)" dan peningkatan "likes" di laman Facebook mereka, dengan perbandingan data antara Mei 2018 dan Januari 2019.

Nobleman Creations memerhati laman Facebook Najib, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

"Dalam aspek reaksi keseluruhan, komen dan kongsian, laman Facebook Najib jauh lebih baik berbanding ahli politik utama yang lain.

"Sejumlah 6.7 juta reaksi, komen dan kongsian yang dikumpul Najib pada Januari lebih banyak daripada jumlah reaksi, komen dan kongsian diraih Mahathir sepanjang Mei lalu, ketika PRU diadakan," kata firma itu.

Bagi Mahathir pula, "perhubungan keseluruhan" di laman Facebooknya telah menurun sebanyak 96.92 peratus pada Januari.

Ia juga mendapati peningkatan bilangan "likes" di laman Facebook Mahathir, Anwar dan Hadi telah berkurang secara dramatik, tetapi keadaan berbeza untuk Najib.

 Ketika dihubungi, CEO Noblemen Creations Na'im Brundage berkata Pakatan Harapan (PH) yang dulunya menjadikan sesuatu perkara tular - seringkali dengan menggunakan kontroversi - kini tidak lagi boleh berbuat demikian kerana memegang kuasa.

"Kebanyakan pemimpin PH paling berpengaruh kini memegang jawatan kerajaan (maka) tugas pentadbiran mereka nampaknya mengalihkan tumpuan mereka daripada berkomunikasi dengan orang awam melalui ruang digital," katanya.

Katanya lagi, ramai aktivis dan penyokong PH telah meninggalkan kegiatan atas talian mereka selepas PRU.

"Kebanyakannya berbuat demikian untuk melihat kerajaan bertukar. Kini PH sudah jadi kerajaan, mereka kembali kepada kehidupan masing-masing," katanya lagi.

Berkenaan Najib, Na'im berkata bekas perdana menteri itu telah menugbah sama sekali gayanya dalam usaha untuk kelihatan sama seperti rakyat kebanyakan.

"Hantarannya sebelum pilihan raya dibuat secara berhati-hati untuk menunjukkan persona negarawan, manakala hantaran selepas PRU lebih bersahaja dan penggunaan perkataan lebih menggunakan bahasa tidak rasmi," katanya.

Beberapa bulan ini, Najib menggunakan imej yang lebih santai serta jenaka dalam setiap kritikannya terhadap PH.

Januari lalu, Najib menobatkan dirinya sebagai 'raja troll' selain menggunakan tagline 'bossku' - istilah yang sedia popular.

Brundage yang juga ketua pemuda PKR Wilayah Persekutuan berkata, PH perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk kembali 'menang' di ruang digital sebelum keadaan semakin memburuk untuk mereka.

Lihat Komen
ADS