Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq: Pengumuman isu tol bukan dedak, tapi tunai manifesto

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan tanggapan yang mengatakan pengumuman kerajaan berkaitan fomula baru kutipan tol sebagai 'dedak' untuk meraih undi sempena pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.

“Kita umumkan pemulihan tol yang kita nak lakukan, dia (netizen) kata dedak PRK. Tapi kalau kita lihat, bukan semua tol itu terletak melibatkan banyak penduduk Semenyih tapi banyak di luar, ia di kawasan bandar.

“Memang dah jadi tanggungjawab kerajaan untuk cari jalan selesaikan masalah rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pertandingan bowling anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia di Golf and Country Club Bukit Jalil, hari ini.

Anggota Parlimen Muar itu juga berkata, langkah berkenaan juga bertujuan mengurangkan beban rakyat seperti dijanjikan dalam manifeso PH.

“Lepas ini kita kena teruskan juga seperti yang kita janjikan dalam manifesto berkenaan tol berperingkat supaya kita dapat pastikan ia dilaksanakan berperingkat dan uniknya kali ini kita (kaedah kita) ikut dasar negara maju,” katanya.

Semalam kerajaan mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan pemegang utama konsesi empat lebuh raya, Gamuda Berhad.

Lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.

Sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan pada waktu puncak selama enam jam sehari, manakala kadar tol dihapuskan pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi.

Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

Lihat Komen
ADS