Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown tidak pernah mendakwa bahawa PAS menerima dana daripada 1MDB.

Sebaliknya, kata Anwar, Umno sendiri membiayai parti Islam itu.

Anwar mendakwa dana yang dikaitkan 1MDB tidak langsung disalurkan kepada PAS tetapi kepada seorang bekas pemimpin parti itu.

"1MDB bagi (duit) bukan kepada PAS," kata Anwar dalam satu ceramah di Semenyih malam ini.

Anwar mendakwa bekas pemimpin PAS berkenaan menerima wang sebanyak RM3 juta dan turut mendakwa terdapat rekod mengenai perkara itu.

"Baik. Kita tak ganggulah PAS. Tapi yang berlaku, ini wang Umno kepada PAS," dakwanya.

Pada 24 Feb lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abdull berkata badan anti rasuah itu tidak menemui bukti PAS menerima wang 1MDB.

Ini mengesahkan laporan Malaysiakini lebih awal yang memetik sumber.

Bagaimanapun, sumber itu mengatakan ia merujuk secara khusus kepada akaun bank PAS dan bukan akaun pemimpinnya.

Berikutan kenyataan Mohd Shukri itu, setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan berkata ia membuktikan bahawa tuduhan terhadap PAS adalah fitnah dan mengancam untuk mendakwa sesiapa yang membuat tuduhan tersebut.

Lihat Komen
ADS