Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

PRK SEMENYIH | Calon PH dan BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih dikatakan secara tidak sengaja berkempen pada hari mengundi hari ini.

Calon BN, Zakaria Hanafi dikatakan terkempen ketika berjalan keluar dari pusat pengundian di dewan JKKK Kampung Sesatan Kelubi pagi.

Dia ketika itu sedang berjalan kaki sempat menyampa pengundi dengan mengingatkan nombor calonnya dikertas undi.

"Jangan lupa nombor satu," katanya.

Calon PH, Muhammad Aiman Zainali pula mengeluarkan kata-kata yang dikhuatiri boleh dianggap sebagai memancing undi ketika diminta mengulas tentang kelancaran proses pengundian sejurus selesai membuang undi di SMK Engku Hussain.

Dikelilingi kira-kira 30 pemberita, Muhammad Aiman yang dilihat tidak ditemani mana-mana pengiring jelas didengar mengeluarkan ucapan: "Mengundilah PH, undilah Aiman Zainali”.

Terdahulu bendahari Bersatu Hulu Langat itu menyatakan rasa syukur selepas menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi serta meluangkan sedikit masa untuk beramah mesra dengan orang ramai.

"Kita lihat kelancaran proses pilihan raya amat baik dan kita berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang menjalankan tugas dengan baik.

“Insya-Allah saya harap pengundi akan membuat pilihan yang bijak. Hari ini adalah untuk menentukan nasib Semenyih," katanya.

Kemudian dia melanjutkan kata-katanya: "Dan saya harap pengundi buat pilihan yang bijak, yang dapat memberi kebaikan kepada rakyt Semenyih dan insya-Allah mereka semua mengundilah PH, undilah Aiman Zainali. Sekian terima kasih."

Beliau berkata demikian kira-kira jam 8.45 pagi sebelum keluar dari pusat membuang undi tersebut.

Dipercayai Muhammad Aiman tidak menyedari perbuatannya itu boleh dianggap menyalahi undang-undang SPR.

Hanya selepas itu, barulah seorang anggota Pemuda Bersatu yang dipercayai pengiringya dilihat mengikuti Aiman keluar dari pekarangan sekolah.

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 26 (1) (a) menjelaskan:

Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi —

(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan di mana-mana tempat apa-apa bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan atau memberikan apa-apa bentuk ucapan atau syarahan sama ada atau tidak perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan, ucapan atau syarahan itu terbuka kepada atau melibatkan orang ramai atau selainnya.

Lihat Komen
ADS