Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin gesa agenda bumiputera dilaksanakan tanpa 'apologetik'
Diterbitkan:  Mar 3, 2019 6:46 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Susulan kekalahan PH dalam pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menggesa kerajaan pusat tidak lagi "apologetik" dalam melaksanakan janji yang melibatkan agenda Melayu dan bumiputera.

"PH juga akan menggandakan usaha melaksana perubahan sehingga menjadi sumber kekuatan rakyat.

"Kita harus berani dan tidak gundah-gulana untuk segera melaksanakan janji-janji khususnya kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera yang merupakan bagian integral daripada agenda nasional.

"Kita akan melaksanakannya tanpa rasa apologetik atau bimbang terhadap kritikan luar," katanya.

Timbalan presiden PKR itu berkata, kekalahan PH semalam merupakan mesej jelas rakyat akar umbi agar kerajaan segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.

"Kerajaan akan segera mengambil inisiatif untuk meringankan beban ekonomi rakyat.

"Majlis Tindakan Ekonomi akan segera melaksanakan usaha mengurangkan kos sara hidup, memperkukuh pendapatan rakyat, membasmi kemiskinan dan meningkatkan tahap pemilikan rumah di kalangan rakyat.

"PH juga akan menggandakan usaha melaksana perubahan sehingga menjadi sumber kekuatan rakyat," katanya.

PRK Semenyih semalam menyaksikan BN merampas DUN berkenaan dari PH dengan 1,914 majoriti undi.

Pada PRU ke-14, PH memenangi kerusi itu dengan 8,964 majoriti undi.

Ramai pihak melihat faktor kekalahan PH adalah kerana kerjasama PAS dan Umno yang menyaksikan ramai pengundi Melayu keluar memberikan undi kepada calon BN.

Lihat Komen
ADS