Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejabat Lim lapor polis maklumat palsu berbentuk berita
Diterbitkan:  Mar 9, 2019 2:53 PM
Dikemaskini: 6:54 AM

Pejabat Menteri Kewangan membuat laporan polis semalam berhubung penyebaran maklumat palsu dalam bentuk berita membabitkan Lim Guan Eng.

Setiausaha Akhbar Menteri Kewangan Lutfi Hakim berkata penyebaran maklumat itu jelas dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dan kemarahan orang ramai.

"Mesej berita palsu yang disebarkan seringkali menggunakan nama dan reka bentuk akhbar tempatan untuk mengelirukan orang ramai.

"Ia palsu dan untuk memfitnah Lim kerana beliau tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan seperti yang disebarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut melampirkan gambar beberapa mesej yang dikatakan telah disebarkan, antaranya:

  • Malaysiakini - Melayu jangan terlalu mengemis dengan kerajaan
  • Astro Awani - Agong tiada hak tolak nama Peguam Negara PH
  • RoketKini.com - Terlalu banyak kepincangan dalam hukum Islam di seluruh dunia

Carian Malaysiakini mendapati tiada laporan dengan tajuk seumpama itu di tiga portal berkenaan.

Lutfi berkata laporan dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Beliau juga meminta orang ramai menyemak sebarang maklumat yang diterima di media sosial dan aplikasi seperti Whatsapp dengan sumber rasmi dan akhbar.

Lihat Komen
ADS