Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mujahid jumpa Zakir Naik
Diterbitkan:  Mar 13, 2019 4:58 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof hari ini mengadakan pertemuan dengan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.

Pertemuan diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kuala Lumpur dan berlangsung kira-kira sejam tengah hari tadi.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata antara perkara yang dibincangkan adalah tiga gagasan yang dibawa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu 'Rahmatan Lil Alamin', 'Maqasid syariah' dan 'Model Malaysia', selain masalah berita palsu yang dilihat semakin serius di Malaysia.

"Semoga pertemuan rahmah pada hari ini tidak berakhir di sini," katanya.

Terdahulu, Mujahid berkongsi tentang pertemuan itu dalam satu hantaran Facebook.

"Pertemuan penuh mahabbah bersama Dr Zakir. Pengalaman dakwahnya ke seluruh pelusuk dunia menjadi inspirasi buat kita untuk meneruskan kerja dakwah. Semoga Allah memperteguh usahanya untuk membimbing manusia mengenali Islam," katanya.

Zakir yang berasal dari India kini tinggal di Putrajaya dan mempunyai status penduduk tetap.

Mujahid antara pihak yang dilihat tidak setuju dengan pendekatan ceramah Zakir yang biasanya membandingkan Islam dengan agama lain dan dengan nada lantang.

Tahun lalu, beliau dikecam beberapa pihak, antaranya pemimpin PAS, apabila menyifatkan kaedah Zakir tidak sesuai di Malaysia.

"Kalau tanya saya, saya kira cara penyampaian dakwah Zakir adalah tidak sesuai di Malaysia.

"Kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama orang lain, tetapi kaedah penyampaian dakwah yang lebih intelek dan tenang tanpa merendahkan maruah agama lain,” katanya seperti dipetik FMT.

Menjelaskan kepada Malaysiakini keesokannya, beliau berkata tetap menghormati Zakir sebagai seorang pendakwah dan meraikan perdebatan yang sihat tetapi tetap mengatakan ia perlu sesuai dengan Malaysia yang memiliki pelbagai kaum dan agama.

Lihat Komen
ADS