Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sultan Selangor titah tutup tahfiz tak berdaftar
Diterbitkan:  Mar 18, 2019 3:52 PM
Dikemaskini: 8:39 AM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan sekolah tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan tidak menggunakan sistem pendidikan moden ditutup.

Sultan Sharafuddin mengeluarkan titah itu ketika istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

"Beta menitahkan sekolah-sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jais dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah pada masa ini terdapat 15,000 pelajar di 263 sekolah tahfiz swasta yang berdaftar dengan Jais.

Isu berkaitan tahfiz terutama yang tidak berdaftar adalah dari segi tahap keselamatan premis yang digunakan, selain soal kokurikulum dan pembelajaran.

Tahun lalu Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad memberi tempoh sehingga 31 Disember untuk pusat tahfiz tak berdaftar di Kuala Lumpur untuk berbuat demikian dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pada Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata kerajaan akan menubuhkan Majlis Tahfiz Negara pada suku pertama tahun ini untuk menambah baik institusi tahfiz.

Lihat Komen
ADS