Mahaleel bidas Proton kerana tidak jawab pertanyaannya dan Dr M
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff membidas Proton Holdings Bhd kerana tidak menjawab pertanyaan beliau dan pertanyaan Tun Dr Mahathir Mohamad lewat tahun lalu berhubung penjualan MV Agusta untuk cuma satu euro.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff membidas Proton Holdings Bhd kerana tidak menjawab pertanyaan beliau dan pertanyaan Tun Dr Mahathir Mohamad lewat tahun lalu berhubung penjualan MV Agusta untuk cuma satu euro.
Mereka juga turut menyatakan kesal terhadap pendirian Proton bahawa jawapan syarikat itu kepada Bursa Malaysia sudah memadai.
"Yang pertama, sebagai perkara berkepentingan awam, tidak kesemua orang tahu mengenai jawapan Proton dan keduanya jawapan itu tidak menjawab persoalan-pesoalan yang kami kemukakan.
"Dengan tidak menjawab, itu sendiri adalah pembohongan ketelusan yang bercanggah dengan kehendak kerajaan supaya telus untuk semua melihat," katanya dalam taklimat media di sini hari ini.
Tengku Mahaleel berkata, memandangkan beliau dan bekas perdana menteri itu, yang juga penasihat Proton, telah membangkitkan persoalan-pesoalan, "banyak orang ramai dan golongan peniaga heran kerana ia (penjualan MV Agusta) menyanggah banyak amalan perniagaan daripada pandangan orang luar."
Tengku Mahaleel, yang bersara pada 30 September 2005, juga menekankan bahawa beliau bercakap bagi pihak Dr Mahathir.
Menurut laporan Bernama, beliau juga mempersoalkan siapa yang telah membuat keputusan untuk menjual dan sama ada ia telah melalui proses yang betul.
Jelaskan kedudukan
Ditanya kenapa beliau mendapatken jawapan-jawapan kepada penjualan M.V Agusta, katanya: "Kami cuba menjelaskan kedudukan kami kerana tanggapan adalah bahawa kami telah membuat keputusan yang salah (untuk membeli MV Agusta pada asalnya)."
Pertanyaan beliau yang lain, antaranya ialah sama ada satu pengumuman telah dibuat bahawa Agusta adalah untuk jualan dan jika tidak, kenapa Proton menghubungi cuma satu pembida; siapakah perunding-perunding yang dilantik bagi jualan itu; adakah lembaga MV Agusta diminta nasihat dan diberitahu mengenai jualan itu dan adakah pengerusi dan ketua pegawai eksekutif MV Agusta hadir dalam mesyuarat lembaga Proton untuk menghujah kes bagi jualan itu.
Beliau mempersoalkan kebijak sanaan Proton dalam menjual pembuat motosikal Itali itu, sambil berkata bahawa Proton kerugian sejumlah 75.99 juta euro atau RM348 juta daripada jualan itu.
"Malahan, apabila bertanya mengenai MV Agusta, kami juga diminta melihat memiliki satu lagi pembuat motosikal Itali, Ducati," dedah Tengku Mahaleel.
"Sebagai kesimpulan, Proton telah menjual satu daripada aset-aset terasnya bukan sebaliknya aset bukan teras," dakwa beliau.
Tengku Mahaleel menjelaskan bahawa perniagaan-perniagaan teras automotif, antara lain, akan membabitkan pemasangan dan logistik, peracuan dan pemesenan enjin dan alat-alat berkaitan, membuat acuan dan tuangan, penggayaan tanah liat dan kejuruteraan reka bentuk, simulasi dan pembinaan prototaip, ujian kenderaan, pengedaran dan hak pengedaran.
Beliau berkata, M.V Agusta "melakukan semua aktiviti dan mempunyai pereka-pereka bentuk terbaik dunia dan telah memenangi anugerah-anugerah dan paten-paten terbaik dunia daripada semua yang dilakukan oleh Proton dalam masa kewujudannya selama 20 tahun."
Aset teras
Ditanya sama ada MV Augusta telah dijual kerana ia adalah sebuah syarikat motosikal dan bukan pembuat kereta, beliau menyanggah dengan berkata: "Dalam konteks aset-aset, ia adalah amat mudah. Bukankah Honda Motorcycles teras kepada Honda, ya atau tidak? Bukankah BMW Motorcycles teras kepada BMW? Jawapannya ada di situ kerana terasnya ialah di dalam
prosesnya."
Menjelaskan rasionale di sebalik pembelian MV Agusta, Tengku Mahaleel berkata Proton menghadapi masa depan yang tidak menentu di Malaysia dengan dasar-dasar auto yang tidak konsisten dan kadangkala tidak telus.
Untuk kelangsungan hidup, ia "perlu segelintir pasaran-pasaran berasas luas (dan) Malaysia adalah satu daripadanya. Kami melihat 10 hingga 15 tahun ke hadapan," katanya.
Antara kelebihan-kelebihan pemilikan MV Agusta ialah bahawa kumpulan itu mempunyai tiga jenama terbaik iaitu MV Agusta, Cagiva dan hak kepada Husqvarna.
Dengan ini, beliau berkata Proton akan mempunyai lima jenama (termasuk Lotus) bagi kemasukan pasaran masa depannya, empat jenama premium mewah dan satu standard.
Beliau juga mendakwa bahawa keuntungan seunit daripada Lotus atau MV Agusta adalah lebih tinggi daripada setiap kereta Proton.
"Jika Proton boleh menaikkan jualan Lotus dan MV Agusta kepada 60,000 hingga 80,000 unit, ia boleh memperolehi wang sebanyak itu dengan menjual 150,000 Proton setahun. Inilah kenapa Lotus dan MV Agusta adalah penting kepada masa depan Proton," dakwa beliau.
Proton, katanya, telah membelanjakan hampir RM1 bilion dalam pengiklanan dan promosi dalam membangunkan jenamanya di seluruh dunia "tetapi menjual Lotus dan MV Agusta tidak memerlukan kos pengiklanan dan promosi setinggi itu, dengan itu menjimatkan kos kemasukan pasaran."

