Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Teknologi kilang pintar boleh jimat kos operasi - CEO sykt IT
Diterbitkan:  Mar 22, 2019 3:57 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Kalangan pengilang tempatan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu beralih daripada sistem tradisional serta melaksanakan teknologi pengilangan pintar bagi mengurangkan pegangan stok dan kos overhed kilang mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) YGL Convergence Bhd, Yeap Kong Chean berkata peralihan daripada kilang tradisional kepada pengilangan pintar mampu memberi manfaat seperti pengurangan pegangan stok dan penjimatan kos overhed sekurang-kurangnya 20 peratus dan boleh mencecah sehingga 70-80 peratus.

“Angka penjimatan itu pula berbeza bagi setiap kilang, bergantung kepada jenis perniagaan terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memeterai memorandum persefahaman dengan lapan rakan lain bagi menyediakan penyelesaian IT untuk memacu transformasi digital dalam sektor pembuatan domestik.

Yeap berkata, salah satu pelanggan yang melaksanakan teknologi pengilangan pintar itu berjaya memendekkan tempoh pegangan stok daripada 150 hari kepada 70 hari, sekali gus membantu mengurangkan kos operasi.

Revolusi perindustrian keempat

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Knowledgecomm Sdn Bhd (KCOM), ST Rubaneswaran berkata pelaksanaan automasi pengilangan pada akhirnya akan membolehkan syarikat memaksimumkan sumber serta menghasilkan produk berkualiti dengan lebih cekap.

“Jika pengilang tempatan tidak melaksanakan revolusi perindustrian keempat (IR 4.0), mereka akan terus ketinggalan di pasaran.

"Hasil kajian kami menunjukkan teknologi pengilangan pintar ini akan membolehkan industri pembuatan Malaysia meningkatkan pulangan pelaburan dalam keseluruhan produktiviti dalam masa 6-12 bulan.

“Pengilangan pintar ini juga dapat mengurangkan kos modal dan inventori berbanding kilang tradisional," katanya.

Menurutnya, kos pelaksanaan teknologi itu adalah antara RM200,000 hingga RM500,000, bergantung kepada keperluan.

Malah, Rubaneswaran berkata secara keseluruhannya, kos pegangan stok dan overhed itu dapat dijimatkan sehingga RM500,000 yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan pemasangan teknologi pengilangan pintar tersebut.

Kajian KCOM menunjukkan sebanyak 85 peratus daripada lebih 2,000 pengilang di Malaysia dijangka menyaksikan pengurangan kos dan meraih perolehan daripada usaha pendigitalan ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Walaupun banyak syarikat utama telah memulakan usaha pendigitalan, namun kurang 5.0 peratus syarikat PKS yang sebaliknya terbukti bersedia untuk melaksanakan IR 4.0.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS