Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Peraturan akan dipinda untuk benarkan OKU jadi pemandu e-hailing'

Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini mengumumkan peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan akan dipinda bagi membenarkan golongan kelainan upaya (OKU) menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing.

Loke berkata peraturan semasa melarang mereka daripada mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), yang akan menjadi syarat wajib untuk pemandu e-hailing bermula Julai ini.

Bercakap dengan pemberita di Kuala Lumpur, beliau berkata perkara itu akan diselesaikan tak lama lagi.

"Saya memberi komitmen kepada golongan OKU, dan juga syarikat e-hailing, yang kita akan meminda peraturan untuk membenarkan pemandu OKU meneruskan khidmat mereka.

"Kita menyokong hak mereka untuk menjadi pemandu e-hailing agar mereka boleh bekerja dan mendapat pendapatan sendiri, maka tiada isu dari segi menghalang mereka bekerja," katanya.

Akhbar China Press baru-baru ini melaporkan cabaran yang dihadapi seorang pemandu OKU berusia 30 tahun untuk mendapatkan lesen PSV daripada JPJ.

"Ini bertentangan dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan golongan OKU bekerja, dan ini juga tidak adil kepada pemandu OKU," katanya seperti dipetik.

Pada 28 Mac lalu, JPJ menerusi laman Facebooknya mengumumkan golongan OKU yang mempunyai lesen kelas A dan A1 tidak boleh memohon lesen PSV untuk menjamin keselamatan jalan raya.

 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS