Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kontrak ECRL ikut piawaian JKR, kata Najib pada Dr M
Diterbitkan:  Apr 7, 2019 4:00 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Kontrak dengan China bagi projek Landasan Keretapi Patai Timur (ECRL) ditandatangani berdasarkan piawaian yang dipersetujui oleh Jabatan Kerja Raya bagi projek rekaan dan pembinaan, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

MP Pekan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa Putrajaya berhadapan masalah dalam merundingkan semula projek itu dengan China kerana melibatkan kos yang besar.

"Sebenarnya, kontrak dengan syarikat milik kerajaan China itu dibuat mengikut perjanjian standard Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi projek-projek reka dan bina (design and build).

"Sudah tentu, perjanjian ECRL juga ada klausa-klausa penamatan sedia ada seperti di dalam semua perjanjian JKR.

"Kalau kerajaan mahu kata kontrak ini tidak boleh dibatalkan maka mereka perlu buktikan dengan mendedahkan kontrak ECRL," kata Najib kepada Malaysiakini.

Pampasan besar

Perjanjian itu, menurut Najib rundingan itu ditandatangani di antara kerajaan Malaysia dan China, manakala syarikat terlibat merupakan milik kerajaan China.

Dalam wawancara eksklusif dengan New Straits Times (NST) terbit awal hari ini, Mahathir mengeluh berkata Putrajaya perlu mengeluarkan sejumlah besar pampasan sekiranya kontrak ECRL ditamatkan.

Kerajaan juga, kata perdana menteri perlu menanggung kos yang besar jika projek itu dikekalkan, disebabkan oleh kontrak yang didakwa berat sebelah yang ditandatangani oleh pentadbiran BN sebelumnya dengan rakan sejawatannya dari China.

"Kami fikir kami hanya boleh membatalkan projek tersebut, tetapi ia tidak sepatutnya seperti itu kerana mereka telah memeterai perjanjian yang mengikat mereka dengan sangat ketat terhadap pihak lain. 

"Jadi untuk keluar daripada pejanjian itu, kami tidak hanya perlu menawarkan untuk mengambil semula (projek) tetapi juga untuk memujuk pihak lain untuk bersetuju dengan kes kami.

"Jadi, sudah hampir setahun, kami masih tidak boleh menentukan (hasil rundingan). 

"Kami telah dapat bercakap mengenai pengurangan kos, dan ini mesti besar, tetapi jumlah yang bersedia dikurangkan pihak lain itu tidak cukup pula untuk kami, begitu banyak perkara yang perlu dirundingkan dan di belakangnya adalah kerajaan China.

"Kami tidak mampu mengkesampingkan syarikat Cina dalam hal ini tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan China. 

"Jadi ia cabaran getir untuk cuba memulihkan perkara-perkara salah yang dilakukan Najib," kata Mahathir, petik laporan itu.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata ECRL akan diteruskan walau skalanya dikurangkan pada kos yang lebih rendah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS