Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ahli perniagaan, G Gnanaraja, dikenakan 68 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana sebanyak RM11.4 juta hari ini.

Pendakwaan kes itu dibuat seminggu selepas dia dituduh mengelirukan seorang pengarah urusan syarikat yang terbabit dalam pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Gnanaraja, 38, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan tersebut dibacakan di depan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob.

Kebanyakan tuduhan ke atas Gnanaraja membabitkan pengubahan berjuta-juta wang daripada sumber haram.

Dana tersebut didakwa dipindahkan dari akaun Bumi Muhibah Capital Holding Sdn Bhd (Bumi Muhibah) ke pelbagai akaun lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaha Hasil Dalam Negeri (LJDN) dan syarikat serta individu lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut melalui pelbagai transaksi membabitkan jumlah di antara RM18,550 hingga RM2.43 juga di sebuah cawangan bank komersial di KLCC di antara 28 Julai 2017 hingga 18 Jan 2018.

Tertuduh yang dikatakan pengarah serta pemilik syarikat Bumi Muhibah didakwa memindahkan RM2.2 juta wang haram kepada KDN pada 19 Sept 2017.

Dia juga didakwa memindahkan wang haram sebanyak RM108,580.80 melalui cek kepada akaun Zenith Consulting Services pada 25 Okt 2017 dan RM15,614.70 ke akaun LHDN pada 15 Jan 2018.

Selain Zenith Consulting Services, syarikat lain yang dinamakan dalam tuduhan tersebut ialah J&J Renovation Enterprise, IMS Motorsport, Mulia Motor Corporation Sdn Bhd, Abitex Designs (M) Sdn Bhd, Syarikat Wana Motor Sdn Bhd, Susunan Simfoni Sdn Bhd, Single Digit Sdn Bhd, Matthew Ong & Associate, Digital Tourism Sdn Bhd, Wheelex Sdn Bhd, Desa Home Theatre Sdn Bhd, Blue Ribbon Design Sdn Bhd, CK Films (M) Sdn Bhd, Sonic Films Sdn Bhd, Safz Auto Sdn Bhd, Twisted Media Sdn Bhd, Destiny Picture Entertainment, Starparc Exotic Cafe, Waves PR Sdn Bhd, Fiesto Pertama Sdn Bhd, dan JRW Creative Enterprise.

Individu yang dinamakan dalam pertuduhan ke atas Gnanaraja ialah Koh Yee Phok, 39; Tan Su Cheng, 39; Asim Qureshi; You Hui Koon, 39; Lim Voi Heng, 70; Lee Sue Wee, 83; Teh Eng Soon, 16; S Jeewananthan, 3; K Thiagu, 8; K Boobalan dan Kee Bee Sim, 43.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS