Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Majlis Gereja berang konsert black metal anti-Kristian sempena Easter
Diterbitkan:  Apr 15, 2019 6:17 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

Majlis Gereja Malaysia (CCM) harti ini mempersoalkan kewajaran pihak berkuasa memberi lampu hijau untuk konsert "Devouror" oleh kumpulan black metal yang berpangkalan di Singapura membuat persembahan di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan petang tadi, Reverend Herman Shastri berkata muzik kumpulan itu mengandungi lirik "anti-Kristian dan pro-Setan".

"CCM menyeru pihak berkuasa untuk menerangkan asas memberi kebenaran kepada band yang mempromosikan muzik mereka dengan menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan serta menghina perasaan orang lain.

"Selain itu, persembahan secara langsung band ini akan diadakan pada hari paling suci kalendar Kristian, iaitu Easter.

"Ini akan dianggap sebagai penghinaan kepada penganut agama Kristian di negara ini," katanya.

Justeru, Shastri berharap kerajaan akan menelit perkara itu dengan serta-merta.

Carian dalam talian mendedahkan bahawa penampilan sulung EP band "Sembelih Untuk Setan" dilancarkan pada 14 Januari tahun ini oleh Metal Zone Records Malaysia.

Kumpulan band lima anggota itu terdiri daripada "Shyaitan" yang bermain gitar, "AntiChristo XUL" (vokal), "Asura" (gitar), "Cryptor" (bass) dan "Dizazter" (dram).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS