Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chow: Reka bentuk terakhir PIL1 akan patuhi garis panduan JKR

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, menafikan dakwaan bilangan berm yang diguna untuk memotong cerun di lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1) melanggar garis panduan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Mengakui sebelum ini kerajaan terlepas pandang berhubung laporan untuk kelulusan Jabatan Alam Sekitar Chow berkata ia berlaku disebabkan lakaran awal reka bentuk untuk projek itu biasanya dihasilkan oleh perisian komputer.

"Bagaimanapun, jika dilihat melalui ilmu kejuruteraan, mustahil untuk mempunyai 29 berm di lereng cerun.

"Biasanya hanya ada tiga hingga enam berm, dan itu juga memerlukan penyelesaian khusus daripada jurutera,” katanya pada sidang media di George Town hari ini,

Chow berkata demikian sebagai mengulas dakwaan dibuat seorang aktivis Khoo Salma Nasution terhadap pembangunan projek PIL1.

Menurut Salma semalam, jika mengikuti piawaian ditetapkan JKR, reka bentuk untuk memotong sesuatu cerun tidak boleh melebihi enam berm.

Berm ialah laluan sempit atau lekuk yang biasanya dibina pada bahagian atas atau bawah cerun untuk menjamin keselamatan dan penyelenggaraan lebuh raya.

Tambahnya lagi, berdasarkan laporan Kelulusan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) (Jilid 2) PIL1 menunjukkan banyak garis panduan yang dilanggar.

Dapat kelulusan bersyarat

Antaranya 20 berm untuk pemotongan cerun.

Kata Chow, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Khoo Salma kerana menimbulkan isu berkenaan.

Menurut Chow, garis panduan JKR dibuat sebagai rujukan untuk reka bentuk asas.

Selepas Laporan Kesan Alam Sekitar Terperinci DEIA diluluskan, reka bentuk lebih teliti bakal dilakukan dan ia akan menggunakan struktur yang lebih kukuh untuk mengurangkan bilangan cerun, malah mengikuti garis panduan yang disediakan.

"Reka bentuk terperinci akan melalui beberapa proses kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum reka bentuk tersebut diterima untuk proses pelaksanaan.

"Kami akan cuba untuk menjawab setiap pertanyaan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak yang berminat dan pihak berkepentingan untuk memastikan kami sentiasa mencapai kata sepakat,” katanya.

Laporan EIA untuk lebuh raya PIL1 diberi kelulusan bersyarat oleh Jabatan Alam Sekitar pada 10 April lalu.

Khoo Salma yang merupakan bekas ketua Warisan Pulau Pinang turut bersuara lantang mengenai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) berkenaan isu terowong bawah tanah dan projek jalan raya.

Lebuh raya sepanjang 19km tersebut adalah komponen PTMP.

Ia akan dibiayai oleh Penambakan Pulau Pinang Selatan (PSR), yang merangkumi pembangunan tiga pulau buatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS