Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan perlu dedah pengambilan matrikulasi ikut kaum - Senator

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa supaya segera menjelaskan jumlah pengambilan pelajar ke kolej matrikulasi berdasarkan kuota kaum bagi tahun 2019.

Ahli Dewan Negara, Senator S Ananthan yang juga pengerusi MIC Kedah memberitahu Malaysiakini isu matrikulasi ini hangat dibincangkan di kalangan netizen sehinggakan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan memainkan sentimen perkauman.

"Saya sangat pelik dengan sikap membisu Kementerian Pendidikan dalam isu pengambilan pelajar ke kolej matrikulasi bagi tahun 2019.

"Walaupun, pemimpin seperti Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan dan Adun DAP P Ramasamy telah membangkit isu matrikulasi ini sebaliknya kementerian masih membisu.

"Jadi, kenapa takut? Apa yang cuba sembunyikan? Yang kita tahu pelajar Cina diberikan 1,000 kerusi. Bagaimana dengan Melayu, India dan Sarawak dan Sabah?" Soalnya.

Menurut Ananthan, Kementerian Pendidikan tidak perlu mengulang amalan pentadbiran BN dahulu yang menyembunyikan jumlah pengambilan pelajar berdasarkan kaum ke kolej matrikulasi.

"Takkan nak ambil berbulan untuk membuat pengumuman," katanya lagi.

Malaysiakini sedang mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pendidikan mengenai dakwaan ini.

Dakwaan 1,000 kuota diberi kepada pelajar Cina

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Melaka G Rajandran kecewa dengan isu matrikulasi yang kini dipermainkan oleh pihak pembangkang.

"Saya percaya Kementerian Pendidikan perlu telus dalam isu ini. Tiada ada apa-apa untuk melengahkan," katanya.

Rajandran berharap menteri pendidikan dan timbalannya tambil menjelaskan isu ini.

"Saya sendiri menerima banyak panggilan daripada orang ramai membuat aduan bahawa permohonan anak mereka ditolak.

"Saya harap menteri Mazlee Malik dan timbalannya Teo Nie Ching segera mengadakan satu sidang media agar menjelaskan isu ini.

"Maka, tidak perlu mengambil masa lagi. Ini (Timbalan KM Pulau Pinang) Ramasamy, (MP Batu Gajah) V Sivakumar, (Exco Selangor) V Ganabatirau telah merakamkan kebimbangan mereka dalam isu ini," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, M Veeran mencabar Mazlee dan Teo supaya mengumumkan kuota pengambilan pelajar India pentadbiran PH, mendakwa diberitahu 1,000 kuota kaum tersebut telah diberikan kepada pelajar Cina.

"Saya tak nak tanya mereka. Saya cabar mereka untuk jelaskan apa terjadi dengan kuota khas kepada pelajar India?

"Saya diberitahu bahawa kerajaan PH sudah mansuhkan kuota tersebut dengan memberikan 1,000 daripadanya kepada pelajar Cina.

"Kalau saya silap saya kesal. Tetapi, selagi Mazlee dan Teo tidak buka mulut, macam mana kita nak tahu yang mana satu benar?" Soalnya.

Untuk rekod, pada tahun 2013, menteri pendidikan ketika itu, Muhyiddin Yassin mengumumkan kuota khas sebanyak 1,500 tempat bagi pengambilan kemasukan pelajar India ke kolej matrikulasi.

Susulan permintaan MIC, pada tahun 2018, Najib mengumumkan penambahan pengambilan sebanyak 700 lagi tempat kepada pelajar India bagi membantu mencapai sasaran tujuh peratus penuntut kaum India di universiti awam.

Lihat Komen
ADS