Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM: Projek Bandar M'sia diteruskan tapi ada 'perubahan'

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan projek Bandar Malaysia daripada era pentadbiran Najib Razak akan diteruskan dengan beberapa pindaan.

Dr Mahathir berkata projek tersebut akan memberi "kesan ketara" terhadap ekonomi setempat dan akan berperanan sebagai hab global yang menarik syarikat teknologi, kewangan dan lain-lain firma yang tersenarai dalam Fortune 500.

"Selaras dengan dasar kerajaan supaya pembangunan sebegini akan mengutamakan rakyat dan menambah nilai substantif kepada ekonomi, (maka) rancangan untuk projek berkenaan telah berubah," katanya pada sidang akhbar di Kuala LUmpur.

Perubahan itu, katanya termasuklah pembinaan kemudahan "taman rakyat", 10,000 rumah mampu milik, penyertaan bumiputera dalam projek tersebut dan keutamaan diberikan untuk sumber-sumber tempatan dalam proses pembinaan.

Mahathir berkata projek itu akan diberikan sekali lagi kepada kontraktor awal iaitu IWH CREC Sdn Bhd, sebuah konsortium antara Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corp (CREC) kerana pentadbiran sebelumnya telah berlaku "tidak adil" kepada konsortium tersebut dalam menamatkan perjanjian pertama mereka dahulu.

"(Kontrak) mereka telah ditamatkan dengan tidak adil. 

"Kontraktor yang membangunkan Bandar Malaysia adalah sebahagian daripada kerajaan, jadi sekiranya kami membuat tender terbuka, kami mungkin tidak boleh mendapatkan (kontraknya), orang lain pula boleh dapat tetapi kami tidak berlaku adil kepada mereka (IWH CREC) jadi kami telah memutuskan untuk mengembalikan kontrak mereka dan memberi mereka peluang untuk membangunkan Bandar Malaysia," jelasnya.

Beliau berkata selepas menyiasat perkara itu, kerajaan mendapati CREC hanya mempunyai 24 peratus kepentingan dalam konsortium berkenaan dan selebihnya milik syarikat Malaysia.

Kerajaan memiliki 40 peratus kepentingan terhadap apa-apa pegangan milik syarikat Malaysia itu, katanya.

Beliau berkata IWH CREC akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM500 juta sebagai tambahan kepada deposit asal sebanyak RM741 juta, dalam masa 60 hari dari hari kerajaan secara rasmi mengembalikan semula projek itu.

IWH CREC pertama kali memenangi tawaran untuk Bandar Malaysia pada penghujung tahun 2015 tetapi perjanjian mereka ditamatkan pada Mei 2017.

Konglomerat Cina Dalian Wanda Group kemudiannya dispekulasikan mengambil alih sebagai pemaju induk Bandar Malaysia tetapi tidak pernah menjadi kenyataan kerana peningkatan pengawasan dan kawalan pihak Beijing terhadap pelaburan luar negeri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS