Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KPM: Kuota khas bukan bumiputera pelajar matrikulasi ikut keperluan
Diterbitkan:  Apr 19, 2019 6:42 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Kuota khas bukan bumiputera pelajar matrikulasi diberikan mengikut keperluan dan melibatkan "melibatkan kekosongan kuota bumiputera yang tidak diisi," maklum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam suatu kenyataan hari ini menjelaskan mengenai pengumuman Menteri Pendidikan Mazlee Malik bahawa pelajar Cina diberikan 1,000 kerusi pada tahun lalu dan keputusan pentadbiran BN terdahulu memperuntukkan pengambilan khas 2,200 pelajar India.

KPM berkata kuota khas berkenaan bersifat 'one-off'.

"Ia berdasarkan kepada keperluan semasa dan melibatkan kekosongan kuota Bumiputera yang tidak diisi.

"Hal yang sama juga dilaksanakan dalam amalan penawaran 1,000 tempat untuk kaum Cina yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan turut bersifat 'one-off'," kata KPM.

KPM juga berkata kerajaan masih mengekalkan kuota 90 peratus tempat kepada bumiputera dan 10 peratus tempat kepada bukan bumiputera berdasarkan sistem meritokrasi.

Perkasa golongan B40

Dasar pendidikan era BN telah memperuntukkan kuota khas bukan bumiputera ini sejak tahun 2013.

Untuk rekod, pada tahun 2013, menteri pendidikan ketika itu, Muhyiddin Yassin mengumumkan kuota khas sebanyak 1,500 tempat bagi pengambilan kemasukan pelajar India ke kolej matrikulasi.

Susulan permintaan MIC, pada tahun 2018, Najib mengumumkan penambahan pengambilan sebanyak 700 lagi tempat kepada pelajar India bagi membantu mencapai sasaran tujuh peratus penuntut kaum India di universiti awam.

Dalam perkembangan yang sama, KPM berkata kerajaan telah memperuntukkan 60 peratus tempat kepada pelajar daripada golongan B40 (berpendapatan rendah) dan baki 40 peratus akan diberikan untuk golongan M40 (menengah) dan berpendapatan tinggi (T20).

Hal ini, kata KPM selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa golongan berpendapatan rendah.

Lihat Komen
ADS