Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Daim: 'Kabinet Najib tak tahu hujung-pangkal ECRL'
Diterbitkan:  Apr 19, 2019 10:39 PM
Dikemaskini: 3:04 PM

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin membayangkan kabinet era Najib Razak tidak tahu hujung-pangkal butiran perincian mengenai projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Pada wawancara bersama Bernama News Channel yang disiarkan di televisyen malam ini, Daim berkata beliau tidak pasti kenapa Najib cuba mempertahankan dirinya susulah kejayaan rundingan semula projek itu dengan China.

"Beliau kawan saya. Saya tidak suka berdebat dengannya secara terbuka. Saya lebih suka mendapatkan nasihat pakar.

"Dalam kes ini, saya tidak faham kenapa beliau mempertahankan diringa, kecualilah beliau dipersalah kerana hal ini. Jika ini keputusan (bekas) kabinet (BN) maka barisan jemaah menteri (Najib) perlu tampil dan membela beliau," kata Daim.

Daim berkata perlu disiasat jika keputusan mengenai ECRL dibuat jemaah menteri secara bersama dan sekiranya terdapat kertas kabinet mengenai projek itu.

'Risiko keselamatan CCCC'

"Adakah kajian teliti telah dibuat? Apakah yang dicadangkan oleh (firma perunding) McKinsey? Apakah saranan Agensi Pengangkutan Awam Tanah (Spad)?

"Saya rasa anda perlu membuat laporan penyiasatan mengenai perkara ini. Lihat sama ada Unit Perancang Ekonomi meluluskan ECRL atau tidak. Saya bertanyakan soalan ini.

"Kamu pergi dan siasat semua hal ini, saya tidak mahu membincangkan ini di khalayak ramai," kata Daim.

Pada hari Isnin, Putrajaya mengumumkan menandatangani perjanjian tambahan antara Rail Link Sdn Bhd, milik kerajaan Malaysia dengan kontraktor ECRL, China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Perjanjian baru itu akan menjadikan ECRL lebih murah, membuka lebih banyak peluang untuk kontraktor Malaysia dan menyusun semula laluan untuk memasukkan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Najib yang juga bekas perdana menteri antara lainnya mengkritik Putrajaya kerana membenarkan CCCC menjadi pengendali bersama, mendakwa terdapat risiko keselamatan Malaysia dan membuat masa transit lebih lama.

Mengenai dakwaan Malaysia terdedah kepada risiko keselamatan dengan membenarkan CCCC bersama-sama mengendalikan projek ECRL, Daim berkata dakwaan ini muncul daripada "imaginasi liar".

Beliau berkata sebagai pengendali, CCCC kini akan berkongsi beban menjadikan projek itu menguntungkan dan syarikat tersebut mempunyai hubungan yang diperlukan untuk membantu mengindustrikan Pantai Timur supaya ECRL dapat mengangkut lebih banyak kargo.

Menurut Daim perancang semasa era BN menjangkakan 70 peratus daripada pendapatan ECRL perlu datang daripada khidmat kargo penghantaran.

"Sekarang, dengan (CCCC komited untuk) MOM (pengurusan, operasi dan penyelenggaraan), kami telah meletakkan beban kepada syarikat China untuk membawa masuk industri. Jika tidak, mereka akan rugi.

"Mereka mempunyai hubungan. Dahulu, mereka melakukan pembinaan, kini mereka juga melabur, mereka yakin bahawa mereka boleh membawa pelaburan, malah mereka mencari tanah untuk taman industri," katanya.

Daim berkata kerajaan persekutuan mengalu-alukan maklum balas orang ramai bagi membantu memperbaiki projek ini, tetapi menggesa pengkritik agar tidak membuat tuduhan liar.

Apabila ditanya lagi mengenai kebimbangan keselamatan nasional yang didakwa Najib, Daim menjawab: "(Dakwaan) ini imaginasi liar. Siapa menguruskan MAS pada masa lalu? Perlu dibezakan antara pengurusan dan pemilikan."

Daim juga menasihatkan kontraktor bumiputera yang tidak mempunyai keupayaan untuk mengambil pakej kerja supaya menubuhkan usaha sama dengan firma yeng memiliki kepakaran diperlukan.

"(Kontraktor) bumiputera mahukan tender yang dirundingkan. Tidak boleh. Ini tender antarabangsa, nasihat saya kepada kontraktor bumiputera yang terbaik boleh dibuat,, sekiranya anda tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi, pergi buat usaha sama (JV).

"Tidak kira (sekiranya rakan kongsi adalah syarikat asing), terdapat banyak pakej," katanya.

Beliau juga menasihatkan kerajaan negeri sepanjang laluan ECRL untuk memulakan persediaan bagi menyelesaikan projek itu dan memastikan negeri terbabit memaksimumkan pulangan.

Beliau berkata kerajaan negeri mesti mencari pelabur mereka sendiri dan bukan bergantung kepada kerajaan persekutuan.

"Pantai Timur perlu bersiap sekarang. (Projek itu akan selesai pada) 2026. Bersedia sekarang," katanya.

Lihat Komen
ADS