Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Persatuan Kristian mahu atur pertemuan PM dengan keluarga Amri, Koh

Persekutuan Gereja Malaysia (CFM) berkata akan menulis surat kepada Dr Mahathir Mohamad untuk mengatur pertemuan antara perdana menteri dengan keluarga mereka yang dikatakan menjadi mangsa kehilangan paksa.

"Kami sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa menteri, serta ketika pertemuan kami dengan perdana menteri sendiri, ketika kami membangktikan isu kehilangan paderi Raymond Koh.

"Selepas ini, kami akan menulis surat kepada perdana menteri untuk mengadakan temu janji dengan keluarga mangsa kehilangan paksa ini," kata Pengerusi CFM Julian Leow dalam sidang media hari ini.

Sidang media itu diadakan CFM dan keluarga Koh. Isteri Koh, Susanna Liew menyampaikan salinan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kehilangannya dan aktivis Amri Che Mat.

Kata Leow, mereka merancang pertemuan itu nanti bukan saja melibatkan keluarga mangsa dan kumpulan Kristian, tetapi turut disertai wakil agama lain.

CFM turut menggesa kerajaan menyiasat Cawangan Khas PDRM yang dikaitkan dengan kehilangan Koh dan Amri oleh Suhakam.


Baca: Laporan penuh Suhakam kes kehilangan Amri, Koh


"Memandangkan ia telah dinyatakan oleh Suhakam, tindakan segera perlu diambil untuk menyiasat Cawangan Khas Bukit Aman dan mendapatkan pembebasan Amri dan Koh.

"Sebarang dakwaan berkenaan pelanggaran undang-undang boleh disiasat, dan tindakan sepatutnya diambil mengikut kedaulatan undang-undang," katanya.

Anak Koh, Esther pula berkata mereka memberikan laporan Suhakam kepada CFM untuk meminta bantuan persatuan itu berhubung dengan kerajaan berkenaan kes bapanya.

"Kami harap kerajaan akan menerima syor Suhakam dan menubuhkan pasukan kerja untuk menyiasat siapa yang menculik Koh dan Amri," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan dapat memberi jaminan hal seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.

Awal bulan ini, panel inkuiri Suhakam yang dipengerusikan pesuruhjayanya Mah Weng Kwai menyimpulkan Amri dan Koh - masing-masing hilang pada 2016 dan 2017 - adalah mangsa kehilangan paksa.

Panel tiga anggota itu sebulat suara memutuskan Cawangan Khas PDRM bertanggungjawab terhadap kehilangan itu.

Lihat Komen
ADS