Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Orang Asli gesa akhiri pertukaran agama kanak-kanak

Masyarakat Orang Asli hari ini menggesa isu penukaran agama kanak-kanak diselesaikan selain dibenarkan untuk memilih agama mereka sendiri apabila berusia 21 tahun.

Mereka juga mahu dibenarkan untuk kembali kepada kepercayaan tradisional atau agama asal mereka selepas berlaku perceraian.

Ia adalah antara 133 resolusi yang diluluskan semasa Konvensyen Kebangsaan Orang Asli pertama yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Antara lain, masyarakat Orang Asli juga berkata mereka tidak mahu pihak berkuasa agama mengambil mayat yang telah bertukar agama secara paksa untuk tujuan pengebumian.

Mereka juga menggesa kerajaan mengkaji semula amalan memasukkan status agama pada kad pengenalan.

Dalam sidang akhbar kemudian, Menteri Perpaduan P Waythamoorthy berkata beliau akan menimbulkan isu penukaran agama satu pihak itu dengan menteri yang berkaitan.

"Mereka (Orang Asli) bercakap tentang perkahwinan yang mengikut adat resam mereka, jadi mereka merasakan perceraian itu harus berlaku mengikut adat resam mereka juga," katanya.

Waythamoorthy mengakui isu itu jarang berlaku di kalangan masyarakat Orang Asli, tetapi akan memanjangkan perkara itu.

"Saya akan berbincang dengan menteri undang-undang dan memberitahunya tentang kebimbangan yang dikemukakan oleh Orang Asli hari ini dan keperluan untuk melihat keputusannya sebelum ini," katanya.

Sebelum ini, kerajaan digesa memasukkan Klausa 88A, yang akan menghalang penukaran agama anak-anak secara sepihak jika salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, ke dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS