Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mat Sabu ke Rusia, bincang pemindahan teknologi pertahanan
Diterbitkan:  Apr 23, 2019 4:18 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Moscow, Rusia selama empat hari bermula 22 hingga 25 April sebagai memenuhi jemputan negara tersebut.

Mohamad bertemu rakan sejawat beliau, Jeneral Sergei Shoigu yang antaranya membincangkan spektrum kerjasama pertahanan, khususnya berkaitan latihan bersama dan pemindahan teknologi pertahanan.

“Lawatan kerja rasmi ke Moscow, Rusia ini dilihat sebagai salah satu platform penting bagi menjelaskan lagi komitmen dalam mengukuhkan jaringan kerjasama dan industri pertahanan antara kedua-dua negara,” menurut kementerian.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian juga berkata Mohamad melawat syarikat-syarikat industri pertahanan seperti Rostec Corporation dan Irkut Corporation.

Beliau dijadual berucap berkaitan kesan kekalahan kumpulan pengganas IS di Syria dan Iraq pada Persidangan Keselamatan Antarabangsa Moscow kelapan.

Rombongan Malaysia disertai Panglima Tentera Udara Jeneral Affendi Buang, Duta Besar Malaysia ke Rusia Mat Dris Yaacob, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jeneral Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.

Lihat Komen
ADS