Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
K'jaan mahu rangka akta khusus untuk pembantu rumah

WAWANCARA | Kerajaan akan merangka satu akta khusus untuk pembantu rumah bagi menyediakan perlindungan yang lebih baik kepada mereka, kata Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.

"Kami sedang melihat akta (baru) untuk pembantu rumah," katanya dalam wawancara bersama media sempena ulang tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bulan depan.

Beliau tidak menyatakan perinciannya dan bila rang undang-undang akan dibentang di Dewan Rakyat, namun memaklumkan kementeriannya akan merangka langkah sementara bagi menjaga kebajikan pembantu rumah.

Di bawah langkah sementara tersebut, katanya, pihaknya akan meminda peruntukan terkait dalam pindaan Akta Pekerja 1955.

"Ada banyak perlindungan terhadap pembantu rumah. (Kami akan gariskan) tugas dan fungsi (pembantu rumah).

"Tetapi ini (langkah) sementara sehingga ada akta baru untuk menyelia perkara ini," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas gesaan agar undang-undang pekerja asing disemak semula susulan pembebasan MAS Ambika daripada tuduhan bunuh terhadap pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Lisao tahun lalu.

Adelina, 26 tahun, dilaporkan dipaksa tidur di luar bersama anjing peliharaan majikannya selama sebulan, dan ditemui dalam keadaan lebam dan bernanah sebelum dikejarkan ke hospital pada 10 Februari tahun itu.

Dia mati keesokannya. Bedah siasat menyatakan kegagalan organ sebagai punca kematian.

Selain itu, anak perempuan Ambika, R Jayavartiny dituduh mengambil Adelina bekerja tanpa dokumen sepatutnya.

Mengulas lanjut, Kulasegaran berkata pindaan Akta Pekerja 1955 dijangka menjadi sebahagian daripada tujuh pindaan pada sidang Parlimen Julai ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS