Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Era Raja-Raja miliki kuasa mutlak sudah berlalu’

Pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi berpendapat era atau zaman Raja-Raja memiliki kuasa mutlak sudah berlalu berlalu.

Walau bagaimanapun, profesor undang-undang di Universiti Malaya itu berkata, masih ada sesetengah orang, termasuk ada cendekiawan yang beranggapan zaman seumpama itu masih kekal.

"Kita adalah monarki perlembagaan, bukan monarki mutlak. Ada orang yang bercakap mengenai kuasa mutlak. Tiada kuasa mutlak lagi," katanya kepada Malaysiakini.

Shad Saleem juga berkata bahawa negeri-negeri di Malaysia bukan berdaulat, tetapi "sebahagian daripada persekutuan" yang tertakluk kepada satu Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi, semua cakap-cakap mengenai kedaulatan negeri adalah lebih (mengenai) politik daripada undang-undang," katanya.

Katanya, walaupun kenyataan Mahathir bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu mungkin tidak tepat, namun beliau bersetuju dengan perdana menteri mengenai keunggulan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan bahawa hanya peruntukan dalam undang-undang negeri, dan bukan seluruh dokumen, akan terbatal jika bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Pada dasarnya, pendirian perdana menteri adalah betul, tetapi dia berlebihan mengatakan bahawa perlembagaan (negeri) terbatal.

"Kita harus ambil kira bahawa dia seorang doktor, dia bukan lulusan undang-undang. Oleh itu, saya tidak fikir dia harus dinilai dengan standard seorang peguam," katanya.

Shad Saleem memetik Perkara 4 (1) dan 162 (6) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa dokumen itu adalah undang-undang tertinggi negara dan bagaimana setiap undang-undang yang tidak konsisten menjadi "tidak sah" dan perlu diperbetulkan.

Sekiranya undang-undang negeri tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, katanya, Perkara 71 (4) menyatakan bahawa Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk mengubahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS